Page 59 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 59
2.4 KESIMPULAN
Sistem MyHelp@SCC bertepatan dengan teori yang dibincangkan di atas, di mana sistem ini bukan
sahaja menjimatkan masa, malah ia sangat mudah dan murah. Ia dapat menjimatkan masa pegawai-
pegawai yang terlibat terutama sekali Pegawai Pembangunan Pelajar dan Pegawai Pengambilan
Pelajar.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan dan menghuraikan tentang metodologi kajian termasuk subjek kajian,
instrumen dan kaedah penyelidikan serta prosedur pengumpulan data. Perkataan metodologi berasal
daripada perkataan Yunani iaitu “metode” yang terdiri dari dua suku kata iaitu “metha” yang bererti melalui
atau melewati dan “hodos” yang bererti jalan atau cara. “logos” pula membawa maksud ilmu. Metode
bererti suatu jalan yang dilalui untuk mencapai tujuan. Manakala dalam Kamus Dewan “metodologi”
bermaksud sistem yang merangkumi kaedah atau prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan.
Metodologi adalah ilmu-ilmu yang digunakan untuk memperolehi kebenaran dan ia merupakan kaedah-
kaedah yang digunakan dalam kajian sebagai mekanisma penting dalam pengkajian ilmu supaya sesuatu
kajian itu lebih bermutu tinggi. Oleh yang demikian, metod boleh dirumuskan sebagai kaedah ataupun
cara yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu maklumat bagi memperkukuhkan atau memperkuatkan
lagi sesuatu fakta.
3.1 SUBJEK
Seramai 35 orang responden iaitu 25 orang pelajar yang terdiri daripada semester dua (2) dan semester
tiga (3) dan 10 orang staf telah dikehendaki menjawab soalan berkaitan pengurusan kolej dan kepentingan
sistem baru kepada mereka. Soalan ini tidak diedarkan kepada pelajar semester 1 kerana para pelajar
masih diperingkat awal pengajian dan memerlukan tempoh untuk memahami pelaksanaan.
3.2 INSTRUMEN KAJIAN
Pendekatan yang dipilih untuk kajian ini adalah pendekatan kuantitatif. Pendekatan ini menekankan
kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005;
Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Ia merupakan kajian yang dapat menghasilkan dapatan kajian yang ‘valid’
dan ‘reliable’. Hal ini kerana, penggunaan kaedah kuantitatif ini dapat membuktikan kesahihan yang kukuh
dengan menggunakan angka iaitu hasil daripada analisis. Borang soal kaji selidik yang mengandungi
12 soalan berbentuk skala Likert telah digunakan sebagai instrumen untuk kajian ini dimana terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu Bahagia A: Demografik Data (2 soalan) dan Bahagian B: Keberkesanan sistem
kepada pengurusan kolej (10 soalan).
3.3 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Sebelum penyelidikan ini dijalankan, kelulusan dan kebenaran diperolehi daripada Pengarah Kolej
Komuniti Sik. Setelah mendapat kebenaran, borang soal selidik ini kemudian diedarkan kepada
responden-responden. Penyelidikan ini tidak akan berjaya dihasilkan dengan lancar tanpa bantuan dan
kerjasama dari Pengarah, staf, pelajar-pelajar serta seluruh warga Kolej Komuniti Sik. Borang soal selidik
ini terdiri daripada soalan-soalan berkaitan maklumat peribadi dan pandangan responden terhadap
sistem yang sedia ada. Setiap jawapan yang mempunyai nama adalah sulit dan nama pelajar tidak akan
didedahkan semasa soal selidik ini digunakan sebagai lampiran dalam analisis tersebut.
57

