Page 61 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 61
Jadual 2 menunjukkan bila peratusan pelajar dan staf yang menjawab borang soal selidik ini. Sebanyak
71% adalah daripada pelajar Kolej Komuniti Sik manakala 29% adalah staf Kolej Komuniti Sik. Ini adalah
kerana, kebanyakan staf berada di luar kawasan ketika borang soal selidik ini diedarkan.
4.2 B. ANALISIS KEBERKESANAN SISTEM MyHelp@SCC
SOALAN 1:
Kutipan yuran yang dijalankan kepada pelajar adalah menyenangkan.
Sangat Kurang Tidak
Setuju Setuju Tidak Pasti Bersetuju Bersetuju
Responden 1 18 10 6 0
Jadual 3: Yuran
Jadual 3 di atas menunjukkan emosi pelajar ketika kutipan yuran dijalankan. 51% responden setuju
bahawa kutipan yuran menyenangkan dan 29% tidak pasti. Walaupun tiada responden yang tidak
bersetuju namun sebanyak 17% kurang bersetuju dengan kaedah kutipan yuran dijalankan.
SOALAN 2:
Pegawai sentiasa memberikan penerangan mengenai pecahan kutipan yuran yang dibuat.
Sangat Kurang Tidak
Setuju Setuju Tidak Pasti Bersetuju Bersetuju
Responden 5 22 8 0 0
Jadual 4: Penerangan Pegawai
Majoriti responden bersetuju (63%) bahawa pegawai sentiasa memberikan penerangan mengenai
pecahan kutipan yuran yang dibuat walaupun terdapat 23% yang tidak pasti. Malah 14% sangat setuju
dengan pernyataan ini.
59

