Page 57 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 57

disamping memenuhi kehendak pengguna. Ia sangat penting kepada sesebuah institusi kerana boleh
           membawa  kepada perubahan yang menyeluruh  ke arah melahirkan  budaya  yang cemerlang  dan
           transformasi budaya di dalam sesebuah institusi. Pengurusan kualiti telah menjadi fokus utama dalam
           amalan  pengurusan  sesebuah  institusi bagi  mencapai  matlamat, visi, dan misi. Dengan  pengurusan
           yang berkualiti, institusi itu menjadi satu tempat yang begitu penting sehingga dianggap sebagai tempat
           yang dapat melahirkan individu baru yang sanggup bersaing secara global. Oleh itu, setiap institusi perlu
           mengamalkan strategi pengurusan yang berkualiti bagi mencapai matlamat.

           Terdapat  pelbagai  faktor yang  mempengaruhi  pengurusan  sesebuah  organisasi  atau institusi;  salah
           satunya adalah mempunyai sistem yang teratur, mudah dicapai dan cepat. Oleh itu, sistem MyHelp@
           SCC diwujudkan untuk menyimpan serta memudahkan dari sudut pemantauan yang lebih memfokuskan
           perihal bayaran yuran pelbagai dan yuran pengajian. Segala data yang disimpan akan dijadikan sebagai
           pengkalan data dan sumber rujukan yang lebih menjimatkan kos dan masa pihak pengurusan. Menurut
           M. Ahmadun (2013), pengurusan sesebuah institusi akan berjaya apabila sistem pengurusannya dapat
           menjalankan tugas secara cekap dan efektif untuk memastikan tenaga kerja yang positif, berdaya saing
           serta mempunyai kepakaran dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas yang telah diperuntukan.



           1.2    PERNYATAAN MASALAH

           Bermula  dari  2017,  beberapa  pihak  seperti  pengurusan  serta pelajar  menghadapi  kesukaran  untuk
           mendapatkan rekod pelajar terutama sekali isu pembayaran bagi yuran pengajian  serta bayaran
           peralatan. Permasalahan yang ketara dalam menggunakan sistem sekarang adalah pengesanan data
           bagi setiap pelajar perlu dipantau secara individu dan ini akan menyebabkan tahap penggunaanya akan
           mengambil masa yang lama. Oleh itu, satu sistem offline yang mudah, teratur dan cepat perlu diwujudkan
           untuk menyelesaikan isu ini.

           1.3    OBJEKTIF KAJIAN

                  1.3.1   Mengenal pasti tahap keberkesanan  sistem MyHelp@SCC  terhadap  pengurusan
                         pentadbiran.
                  1.3.2   Mengenal pasti perbezaan sebelum sistem MyHelp@SCC dan selepas sistem MyHelp@
                         SCC diperkenalkan.

           1.4    SOALAN KAJIAN
                  1.4.1   Apakah tahap keberkesanan sistem MyHelp@SCC terhadap pengurusan pentadbiran?
                  1.4.2    Apakah perbezaan sebelum sistem MyHelp@SCC dan selepas sistem MyHelp@SCC
                         diperkenalkan?


           1.5    KEPENTINGAN KAJIAN


           Kajian ini diharap dapat memberikan input yang berguna dan bermanfaat kepada Kolej Komuniti Sik
           khususnya  dan kolej komuniti  di Malaysia  amnya untuk menyimpan  segala  data berkaitan  pelajar.
           Sepertimana kajian-kajian lain, ia mempunyai kepentingannya sendiri. Namun begitu, kajian ini terhad
           kepada Kolej Komuniti Sik sahaja untuk menyimpan semua rekod pelajar yang mendaftar. Oleh itu, kajian
           ini boleh la diperluas ke kolej-kolej komuniti di Malaysia pada masa hadapan.












                                                       55
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62