Page 58 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 58
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
1.0 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan konsep-konsep kajian serta teori yang terlibat dan mengemukakan kajian
kajian lepas yang telah dijalankan dan digunakan yang menjadi asas kepada kajian ini.
2.1 KERANGKA KONSEP KAJIAN
Model 1: Keberkesanan Pelaksanaan sistem MyHelp@SCC berbanding elemen keperluan
Model 1 menunjukkan kaitan antara pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat, kerjasama antara
pegawai dan pengguna akhir serta keperluan pembangunan infrastruktur terhadap sistem MyHelp@
SCC.
2.2 TEORI YANG TERLIBAT
Model ini bersesuaian dengan teori Frederick Taylor yang mengeluarkan 5 prinsip pengurusan saintifik
yang mengkaji cara bagaimana pekerja bekerja dan mencari jalan atau cara yang terbaik dalam
melaksanakan tugas tersebut. Salah satunya adalah penentuan pergerakan. Taylor
menyatakan bahawa sesebuah organisasi perlu membina kaedah saintifik dengan menentukan
pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan supaya lebih efisien. Dengan penentuan ini, kerja dapat
disiapkan dengan lebih cepat dan dengan peratusan atau kadar yang lebih tinggi.
Ferry Roen, dalam artikelnya bertarikh 17 March 2013 menyokong teori X dan Y yang dicetus oleh Douglas
McGregor di mana teori tersebut menyebut manusia secara alaminya bersifat malas dan tidak menyukai
pekerjaannya dan harus dimotivasi dengan gaya kepemimpinan yang dictator. Oleh itu, seseorang harus
kreatif untuk memotivasikan diri supaya lebih bersemangat.
2.3 SISTEM MyHelp@SCC
Sistem MyHelp@SCC dibangunakan menggunakan kaedah Microsoft Excel di mana ianya direka dengan
memasukkan segala data pelajar bermula dari tarikh pendaftaran sehingga mereka tamat. Data-data
yang akan terlibat termasuklah butir-butir peribadi pelajar,bukti pembayaran pengajian setiap semester,
yuran peralatan dan status pelajar (sama ada pelajar aktif, tangguh, tamat atau berhenti).
56

