Page 56 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 56
TOPIK PENYELIDIKAN: KEPENTINGAN SISTEM MyHelp@SCC KEPADA KOLEJ
KOMUNITI SIK
Mohd Azrulnizam Bin Mohd Kamarudin
Kolej Komuniti Sik
azrulnizam@kksik.edu.my
Nur Syuraini Binti Zaini
Kolej Komuniti Sik
nursyuraini@kksik.edu.my
Norhaslindawati Binti Zainol
Kolej Komuniti Sik
norhaslindawati@kksik.edu.my
Abstrak
Sistem MyHelp@SCC diwujudkan untuk menyimpan serta memudahkan dari sudut pemantauan yang
lebih memfokuskan perihal bayaran yuran pelbagai dan yuran pengajian. Segala data yang disimpan
akan dijadikan sebagai pengkalan data dan sumber rujukan yang lebih menjimatkan kos dan masa pihak
pengurusan. Permasalahan yang ketara dalam menggunakan sistem sekarang adalah pengesanan data
bagi setiap pelajar perlu dipantau secara individu dan ini akan menyebabkan tahap penggunaannya
akan mengambil masa yang lama. Rentetan dari itu, pihak pengurusan akan membangunkan sistem
yang dinamakan MyHelp@SCC yang akan diguna pakai dalam pengurusan hal pembayaran yuran
pelajar dari bermulanya sesi pendaftaran sehingga tamat serta ianya dapat diakses secara berkumpulan
mengikut sesi pendaftaran. Sistem ini akan dibangunkan dengan menggunakan Microsof Access 2016
iaitu Hamparan Elektronik yang akan bertindak sebagai pengkalan data serta memproses maklumat
yang akan dijana kelak. Metodologi bagi kajian ini adalah melalui kaedah populasi dan pensampelan
yang akan menggunakan instrumen soal selidik sebagai pengumpulan data akan kepentingan sistem
MyHelp@SCC di dalam pengurusan pelajar. Hasil dapatan daripada kajian ini, MyHelp@SCC adalah
suatu kaedah yang dapat membantu pihak pengurusan untuk menyelia dan memantau setiap atribut yang
ada di bawah Unit Pembangunan Pelajar serta Unit Pengambilan secara amnya yang lebih memfokuskan
aspek pengurusan dan perekodan setiap pelajar.
Kata Kunci: Pengurusan, Pengambilan, Pelajar
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Bab ini membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian dan
kepentingan kajian kepada pembaca. Bab ini akan memberi gambaran permasalah yang berlaku
sehingga tercetusnya idea untuk menghasilkan penyelidikan ini.
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi atau institusi dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti
54

