Page 66 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 66
4.3 RUMUSAN
Melalui hasil dapatan yang telah diperolehi, secara keseluruhannya, aspek yang dinilai melibatkan
sepuluh (10) elemen kepuasan utama pelanggan yang membandingkan di antara fungsi pentadbiran
yang dijalankan secara manual dan selepas melaksanakan sistem ini. Penilaian dan kajian ini dibuat
untuk mengetahui satakat manakah pelaksanaan sistem ini akan dapat membantu pihak pengurusan
dalam menjalankan kaedah yang terbaik bagi unit pengambilan dan hal ehwal pelajar di Kolej ini. Secara
amnya, soalan satu (1) hingga soalan lima (5) adalah difokuskan kepada sistem manual yang dijalankan
sebelum ini, manakala bagi soalan enam (6) hingga soalan sepuluh (10) pula menekankan aspek
keberkesanan pelaksanaan sistem ini.
BAB 5
KESIMPULAN
5.0 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan dan menghuraikan keputusan kajian serta perbincangan melalui dapatan
selain cadangan penambahbaikan serta rumusan untuk kajian pada masa hadapan.
5.1 PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian, majoriti warga Kolej Komuniti Sik adalah perempuan sama ada dikalangan
pelajar mahupun kakitangan. Oleh itu, hasil dapatan perlu mengabaikan jantina untuk mengelakkan
“gender bias”. Dapat dilihat juga walaupun pernyataan banyak menjurus kepada pelajar, namun terdapat
beberapa pegawai yang terlibat dalam urusan pembayaran pelajar seperti Pegawai Pengambilan
Pelajar, Penolong Kewangan, Pensyarah Kelas dan Pegawai Peperiksaan. Hal ini kerana, pelajar perlu
menyelesaikan hutang mereka sebelum mereka tamat belajar.
Untuk soalan 3 bahagian B, pelajar hanya diberikan resit untuk yuran peralatan namun resit rasmi
yuran pengajian akan diberikan kepada pelajar selepas penolong kewangan memasukkan ke dalam
sistem. Rekod pembayaran pelajar juga adalah bersifat manual di mana pelajar diberikan borang yang
mempunyai harga peralatan dan pegawai yang terlibat akan menanda menggunakan pen pada peralatan
yang telah dibayar oleh pelajar. Namun dengan adanya sistem MyHelp@SCC, pelajar dapat memantau
terus status pembayaran mereka serta status mereka sebagai pelajar. Sistem ini lebih telus dan jelas
kepada semua pihak termasuk ibubapa.
5.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Beberapa cadangan penambaikan boleh dipertimbangkan untuk kajian pada masa akan datang.
Antaranya adalah;
5.2.1 Memfokuskan kepada skala yang lebih besar terutama pada kolej-kolej yang mempunyai
pelajar yang ramai memandangkan kajian ini hanya melibatkan Kolej Komuniti Sik pada
skala yang kecil.
5.2.2 Kajian dilaksanakan hanya pada satu pihak, sama ada pelajar atau kakitangan sahaja.
5.3 RUMUSAN
Dalam melaksanakan sistem ini, semua pihak perlulah memberi sokongan dan bantuan serta melibatkan
diri kerana data-data yang dikumpul diperlukan oleh semua pihak sama ada daripada pelajar itu sendiri
mahupun pegawai-pegawai kolej. Sistem ini diharap dapat mengurangkan beban pihak yang terlibat
terutama dari segi masa serta kos (tiada lagi penggunaan kertas serta dakwat pencetak). Selain itu,
sistem MyHelp@SCC ini juga diharapkan dapat membantu pihak pengurusan kolej yang lain dalam
memantau perkhidmatan terhadap pelajar.
64

