Page 68 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 68
KEBERKESANAN PELANCARAN PROGRAM MYKKSIK TERHADAP KOMUNITI
SETEMPAT
Nurul Hasni Binti Mohamed Apandi
Kolej Komuniti Sik
Email : nurulhasni@kksik.edu.my
Nor Shazwani Binti Shaari
Kolej Komuniti Sik
Email: shazwani.shaari@kksik.edu.my
Nurzayani Binti Kassim
Kolej Komuniti Sik
Email: nurzayani.kassim@kksik.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan
pelancaran myKKSIK yang ditubuhkan. Tujuan kajian ini dibuat ialah melihat sejauhmana
penerimaan myKKSIK kepada komuniti Sik dan tahap pemahaman myKKSIK dalam
kalangan mereka. Seramai 40 orang responden dari beberapa kampung sekitar Sik
telah dipilh secara rawak mudah untuk menjawab soalan-soalan dalam borang soal
selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
kesan program myKKSIK terhadap perubahan dalam kalangan komuniti setempat
adalah berada pada tahap yang sederhana.
KATA KUNCI : mykksik, penerimaan, komuniti
66

