Page 70 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 70
1.5 Kepentingan Kajian
Setelah kajian ini dijalankan, terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi oleh pihak Kolej
Komuniti Sik dan ahli myKKSIK itu sendiri khususnya. Penubuhan myKKSIK akan menjadi satu
‘win-win situation’ kepada semua pihak yang terlibat dan sekaligus bakal menjadikan ianya kelab
keahlian yang aktif dan menarik. Pihak kolej dapat membuat promosi secara tidak langsung
mengenai perkhidmatannya dan pihak ahli myKKSIK dapat meningkatkan kemahiran apabila
mereka melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan.
2.0 SOROTAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan mengenai pembacaan sumber rujukan serta kajian-kajian lepas
yang berhubung kait dengan tajuk kajian. Sorotan kajian amat penting kerana dapat memberi idea
dan gambaran awal mengenai penyelidikan yang bakal dilakukan oleh penyelidik. Di samping
itu, model-model dan pendekatan yang berkaitan dari kajian-kajian lepas turut dibincangkan di
dalam bab ini.
2.1 Menurut Anderson (1999), PSH sekarang dilihat sebagai satu keperluan sosial dan ekonomi.
Pelaksanaan masih menjadi halangan dan cabaran terbesar kepada strategi pendidikan
sepanjang hayat dimana ia memerlukan komitmen institusi yang tinggi selain daripada
koordinasi dan rakan kongsi dari stakeholder yang terlibat. Usaha yang berterusan mampu
merealisasikan apa yang diharapkan ini. (Tinjauan Terhadap Keberkesanan Program
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia,
2014)
2.2 Utusan Malaysia (2007), menyatakan bahawa di Malaysia kerajaan telah memberi penekanan
terhadap program PSH lebih – lebih lagi kepada peserta yang terdiri daripada orang dewasa
kerana ia berupaya meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan. Ini terbukti melalui draf
pembentangan Bajet 2008, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit
ke atas yuran pengajian dan diperluaskan kepada semua bidang bagi menggalakkan konsep
pendidikan ini dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah bukan itu sahaja, dalam pembentangan
Bajet 2008 ini juga, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak dua bilion ringgit lagi untuk
meningkatkan program kemahiran dan latihan di Malaysia yang merangkumi pelaksanaan
program PSH. (Tinjauan Terhadap Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) Di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014)
3.
3.1 METODOLOGI KAJIAN
Kajian merupakan satu proses formal dan sistematik yang melibatkan kaedah saintifik ke atas
masalah yang dikaji. Metodologi kajian terikat kepada prosedur tertentu yang mesti diikuti (Lim et
all,2005). Ia merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu penyeldikan
dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains (Adams dan
Schvaneveldt,1985). Menurut Mohd Najib (2003), metodologi adalah merujuk kepada tatacara
melaksanakan kajian.
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang dibina oleh pensyarah Kolej Komuniti Sik
yang menjayakan program ini. Instrumen kajian ini merangkumi soal selidik tertutup dan soal selidik
terbuka. Dalam menganalisa data, kajian ini hanya menganalisis data soal selidik tertutup dengan
menggunakan perisian SPSS versi 22.0 secara deskriptif bagi menjawab semua persoalan kajian.
Inteprestasi min yang digunakan dalam analisis deskriptif ini adalah daripada Creswell (2005) seperti
jadual 3.1 dibawah.
68

