Page 71 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 71
Jadual 3.1 : Interpretasi Min
JULAT SKOR MIN INTERPRETASI MIN
1.00 - 1.80 Sangat tidak memuaskan
1.81 - 2.60 Tidak memuaskan
2.61 - 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Memuaskan
4.21 - 5.00 Sangat memuaskan
Sumber: Adaptasi Creswell, 2005
Dalam tatacara pemprolehan data, soal selidik telah dijalankan dengan menggunakan borang
soal selidik sebulan selepas berlangsungnya pelancaran Program myKKSIK dilaksanakan. Para peserta
dan ahli myKKSIK perlu mengisi borang soal selidik ini dan menyerahkan kepada kolej setelah lengkap
dijawab.
Borang soal selidik adalah terdiri daripada tiga bahagian iaitu ; bahagian (A) data demografi
respondan, bahagian (B) pengenalan Kolej Komuniti Sik dan bahagian (C) myKKSIK. Aras kefahaman
Skala Likert yang digunakan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2.
Jadual 2.2 : Item-item Skala Likert – Tahap kefahaman
Aras kefahaman Skala
Amat baik 4
Baik 3
Sederhana 2
Lemah 1
4.0 ANALISIS DATA
Latar belakang responden terdiri daripada maklumat demografi seperti jantina dan umur. Dalam bahagian
ini memperlihatkan demografi responden. Jadual 4.1 dan 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan
peratusan responden mengikut jantina. Kesemua responden di dalam kajian adalah berjumlah 40 orang.
Jadual 4.1 : Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
Jantina responden Bilangan Peratus (%)
Lelaki 12 30.0
Perempuan 28 70.0
Jumlah 40 100.0
Jadual 4.2 : Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur
Umur Bilangan Peratus (%)
Bawah 20 tahun 11 27.5
21 – 30 tahun 6 15.0
31 – 40 tahun 7 17.5
41 – 50 tahun 14 35.0
Lebih 50 tahun 2 5.0
Jumlah 40 100.0
69

