Page 69 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 69
1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pada era globalisasi dan modernisasi yang sedang berjalan saat ini, banyak terjadi perubahan-
perubahan baik dalam segi ekonomi, politik, maupun sosial budaya. Dengan sendirinya segala
perubahan tersebut akan berpengaruh terhadap kehidupan individu. Dalam menerapkan rasa
muhibah dan menggerakan kerjasama diantara pelajar, warga pendidik dan juga masyarakat
setempat adalah merupakan titik penting dalam keberkesanan sosio-budaya di setiap tempat.
Faktor utama yang perlu di ketengahkan bagi memupuk rasa muhibah dikalangan institusi
pendidikan dan komuniti setempat adalah jalinan kerjasama dan saluran yang diwujudkan
diantara institusi dan masyarakat setempat. Dengan hal ini, jurang diantara komuniti dan institusi
dapat di kurangkan dan menambahkan lagi hubungan persefahaman dan kesejahteraan dalam
usaha mencapai kejayaan bersama.
Kolej Komuniti Sik ditubuhkan pada bulan Mei 2014 dan menjalankan perkhidmatan pengajian
sepenuh masa dalam bidang Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan bermula pada Julai
2015. Kolej Komuniti Sik yang dikategorikan sebagai kolej tunas mengambil pelbagai pendekatan
untuk mendekatkan warga kolej dengan masyarakat di daerah Sik. Pihak kolej sangat mengalu–
alukan penglibatan masyarakat sekitar dalam segala aktiviti yang dianjurkan. Sehubungan itu,
terciptalah satu program yang diberi nama myKKSIK sebagai medium perhubungan antara
kedua-dua pihak. Idea ini dicetuskan oleh Pengarah Kolej Komuniti Sik sendiri iaitu Encik Khairul
Anuar bin Aziz.
1.2 Pernyataan Masalah
Masyarakat sekitar Sik sangat berminat untuk menyertai aktiviti – aktiviti yang dilaksanakan di
Kolej Komuniti Sik. Namun, mereka tidak mempunyai saluran yang sesuai untuk menerima dan
menyampaikan maklumat. Satu medium perantaraan perlu diwujudkan untuk memberi kepekaan
kepada pelanggan akan kewujudan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kolej
Komuniti Sik.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah :
1. Melihat sejauhmana penerimaan myKKSIK kepada komuniti Sik
2. Tahap pemahaman myKKSIK dalam kalangan mereka.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian bagi kajian ini adalah seperti berikut :
i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan peserta setelah
menyertai program myKKSIK ?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan yang mempengaruhi tahap peningkatan
kemahiran dan kerjaya peserta setelah menyertai program myKKSIK ?
67

