Page 72 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 72

Analisis keseluruhan ini adalah berkaitan dengan analisis ke atas kedua-dua objektif iaitu melihat
            sejauh  mana  penerimaan  myKKSIK kepada  komuniti  Sik dan  tahap  pemahaman  myKKSIK dalam
            kalangan mereka.

                  Merujuk Jadual 4.3, statistik kajian keberkesanan pelancaran program myKKSIK secara umum
            telah dijalankan kepada 40 orang responden yang tinggal di sekitar Sik. Bagi item 1, 47.5% responden
            memahami secara baik bahawa isi kandungan  myKKSIK  menarik dan mencukupi manakala 30%
            responden faham secara sederhana. Bagi item 2, sebanyak 47.5% responden mengetahui secara baik
            tentang kelebihan menjadi ahli myKKSIK dan 27.5% responden mengetahui secara sederhana. Bagi
            item 3, sebanyak 50% responden bersetuju dengan baik bahawa penyertaan dalam myKKSIK akan
            membantu peserta dalam peningkatan kemahiran dan kerjaya manakala 27.5% responden di dalam
            skala sederhana.

                  Dapatan kajian bagi item 1 memperolehi min sebanyak 2.85 (tahap sederhana).  Manakala item
            2 memperolehi min sebanyak  2.83 (tahap sederhana)  dan item 3 memperolehi  min sebanyak  2.73
            (tahap sederhaha). Min keseluruhan yang diperolehi berada di tahap sederhana bagi ke semua item.


                          Jadual 4.3 : Tahap Penerimaan Komuniti Sik terhadap myKKSIK

             Item                       Lemah                           Amat baik
                                          (%)    Sederhana (%) Baik (%)   (%)      Min      Tahap
                    Isi kandungan
               1    myKKSIK menarik       2.5         30         47.5      20      2.85   Sederhana
                    dan mencukupi
                    Kelebihan ahli
               2    myKKSIK menarik       5.0        27.5        47.5      20      2.83   Sederhana
                    dan mencukupi
                    Penyertaan dalam
                    myKKSIK akan
                    membantu peserta
               3                          7.5        27.5        50        15      2.73   Sederhana
                    dalam peningkatan
                    kemahiran dan
                    kerjaya

                  Dapatan  kajian menunjukkan bahawa  faktor penerimaan  dan tahap pemahaman  didapati
             mempengaruhi  keberkesanan  pelaksanaan  program myKKSIK.  Ini kerana min keseluruhan  bagi
             kedua-dua objektif berada di tahap sederhana. Rata-rata responden mempunyai pengetahuan tahap
             sederhana terhadap program myKKSIK. Ini kerana program ini masih di peringkat awal dan komuniti
             Sik masih belum mengetahui secara total kewujudan myKKSIK ini.

                  Berdasarkan dapatan kaji selidik dalam rajah 4.1, 97.5% berminat menjadi ahli myKKSIK dan
             jadual 4.2, 95% akan mencadangkan myKKSIK kepada orang lain. Peranan ini akan menyumbang
             kepada penambahan ahli myKKSIK pada masa akan datang.
















                                                       70
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77