Page 111 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 111

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

            5.5    Refleksi Kajian


            Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil pengumpulan data melalui kaedah pemerhatian,
            temu bual, analisis peperiksaan dan penilaian hasil kerja, mutu lakaran dan lukisan didapati
            meningkat secara berperingkat. Selepas sesi PdPc, pelajar bukan sahaja menunjukkan
            tingkah laku yang positif iaitu berkeyakinan tinggi malah pelajar dapat menyiapkan tugasan
            dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan kaedah konvensional.



            6.0    CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


            Kaedah ini adalah satu daripada Bahan Bantu Mengajar (BBM) alternatif hasil daripada
            pengalaman  20 tahun pengkaji mengajar.  Kaedah ini dapat mengurangkan  beban
            pengajaran dan permudahcaraan (PdPc). Cadangan untuk kajian lanjutan ialah pengkaji
            akan memfokuskan keberkesanan gabungan  kaedah Nota Pelik dan Unik dengan
            peralatan ICT serta pembelajaran berasaskan digital. Bagi guru-guru yang mengendalikan
            bengkel-bengkel  seni, mereka digalakkan untuk mengaplikasikan  kaedah ini. Demikian
            juga kaedah I-Think juga boleh diserapkan. Pengkaji akan memuatnaikkan langkah demi
            langkah cara pengendalian kaedah ini agar para pengguna sama ada guru atau pelajar
            dapat memahami kaedah dengan lebih mudah. Pengkaji akan memuatnaikkan kaedah
            ini dalam ‘You Tube’ atau menggunakan kemudahan aplikasi ‘stage’, ‘open Camera’, ‘QR
            Code Scanner’, ‘Kahoot’ dan lain-lain.



            BIBLIOGRAFI


            Abdul Rahim Abdul Rashid (2002). Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial : Teori dan
               Amalan. UM. Kuala Lumpur.


            Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (edisi  2014).  Pelan  Pembangunan  Profesionalisme
               Berterusan. KPM. Kuala Lumpur.

            Md. Nasir Ibrahim (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. PTS. Kuala Lumpur.


            Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Freemind Horizons
               Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.












      110    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116