Page 114 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 114
Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti
Beberapa masalah telah dikenal pasti. Khususnya dalam proses pembelajaran di dalam
kelas, iaitu:
i. Respons pelajar yang tidak memberangsangkan. Para pelajar tidak memahami
kemahiran asas tatabahasa, khususnya kemahiran mengingati,
ii. Kebanyakan pelajar hilang fokus apabila sesuatu topik diajar dengan lebih mendalam,
iii. Pembelajaran konvensional tidak menarik pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran
secara efektif,
iv. Pelajar tidak aktif dalam sesi pembelajaran,
v. Kekangan kemudahan internet. Hal ini berlaku apabila guru mengadakan sesi
pembelajaran menggunakan platform dalam talian, terdapat segelintir pelajar tidak
dapat melibatkan diri secara langsung,
vi. Tidak terdapat perisian tatabahasa yang boleh dicapai tanpa talian dan interaktif.
Situasi ini amat membimbangkan kerana para pelajar perlu mengingati konsep dan
memahami rumus asas tatabahasa dengan baik bagi membolehkan para pelajar dapat
menjawab soalan dalam peperiksaan STPM. Hasil semakan latihan, temu bual dan
pemerhatian, kebanyakan pelajar menyatakan bahawa mereka sukar untuk mengingati
setiap rumus dan kemahiran tatabahasa yang perlu dikuasai. Oleh itu, perancangan yang
sangat teliti dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini berfokuskan kemahiran asas tatabahasa Bahasa Melayu,
khususnya kemahiran mengingati konsep dan memahami rumus asas tatabahasa Bahasa
Melayu. Permasalahan kemahiran asas tatabahasa Bahasa Melayu menyebabkan para
pelajar tidak dapat menjawab soalan tatabahasa dengan baik. Permasalahan ini telah
menyebabkan para pelajar tidak mampu menjawab soalan dengan baik. Oleh itu, satu
pendekatan perlu dilaksanakan untuk mendorong minat pelajar mempelajari tatabahasa
Bahasa Melayu dengan lebih mudah, seronok dan interaktif. Hal ini secara tidak
langsung akan meningkatkan keputusan pelajar dalam peperiksaan STPM. Pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menarik ini akan mengubah persepsi pelajar bahawa
pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu ini susah dan seterusnya menyebabkan pelajar
hilang minat untuk terus belajar.
Kementerian Pendidikan Malaysia 113

