Page 131 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 131
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
Berdasarkan keputusan peperiksaan sejak beberapa semester bagi Semester 2, keupayaan
pelajar menguasai fakta amat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah Islam. Malah, dalam pascaujian dan analisis keputusan ujian dan peperiksaan
peringkat sekolah dan peperiksaan STPM sebenar yang diduduki oleh pelajar, kebanyakan
mereka mengakui bahawa antara kelemahan mereka dalam mata pelajaran tersebut
adalah kerana sukar mengingat fakta. Oleh yang demikian, guru yakin jika pelajar dibantu
mengaplikasikan penggunaan alat berfikir yang betul, maka pengetahuan dan kefahaman
mereka akan meningkat sekali gus melonjakkan keputusan peperiksaan Sejarah Islam
STPM yang akan diduduki oleh mereka.
2.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian, sebahagian besar pelajar lemah dalam aspek pengetahuan dan
kefahaman iaitu dalam menguasai fakta Sejarah. Kelemahan pelajar dalam menguasai
fakta menyebabkan fakta, huraian dan contoh tidak mantap dalam isi-isi jawapan mereka.
Sekiranya isu ini tidak diatasi, pencapaian pelajar dalam penulisan esei Sejarah akan
terjejas. Selain itu, kelemahan penguasaan fakta ini juga akan menyebabkan peratus
kelulusan rendah bagi mata pelajaran Sejarah. Oleh sebab itu, pengkaji (guru) berpendapat
bahawa dengan mengaplikasikan penggunaan alat berfikir yang sesuai dan betul, pelajar
akan dapat mengatasi masalah tersebut. Maka, kajian ini juga bersandarkan pendapat Tee
Tze Kiong rujukan disebut sebagai 'dan rakan-rakan' bahawa peta minda amat sesuai dan
tepat bagi tujuan kajian agar pelajar dapat membuat, menyimpan, dan mengulang kaji nota
dengan baik dan berkesan. (Tee Tze Kiong, et.al, 2010).
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Objektif am kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan fakta dalam penulisan esei
Sejarah Islam Semester 2 STPM.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Pelajar dapat menggunakan alat berfikir yang betul untuk menguasai fakta,
3.2.2 Pelajar dapat menjawab soalan bentuk esei dengan fakta, huraian dan contoh
yang mantap.
130 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

