Page 134 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 134

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            Dapatan daripada keputusan praujian ini, kelima-lima orang pelajar tidak dapat mengingat
            sepenuhnya fakta, huraian dan contoh bagi satu-satu isi.  Mereka hanya dapat memberikan
            satu isi sahaja.  Hal ini membuktikan bahawa teknik yang digunakan oleh pelajar dalam
            mempelajari Sejarah Islam untuk mengingati fakta adalah kurang berkesan.


            5.3    Tindakan Yang Dijalankan


            5.3.1   Terdapat empat aktiviti dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang  telah dikenal
                   pasti iaitu;
                   i.   Aktiviti 1 merupakan aktiviti penggunaan alat berfikir dinamakan PeMindaKu,
                   ii.  Aktiviti 2 dijalankan melalui  Ujian Topikal 2  pada 12.02.2018,
                   iii.  Aktiviti 3 pula merupakan soal jawab bertulis tentang sebelum dan selepas
                       penggunaan PeMindaKu pada 09.03.2018,
                   iv.  Aktiviti 4 adalah Ujian Progresif pada 15.03.2018.

            5.4    Pelaksanaan Kajian


            5.4.1   Pelaksanaan Aktiviti 1
                   i.   Guru memilih, menunjukkan  dan menjelaskan  kelebihan menggunakan dan
                       mengaplikasikan  beberapa  jenis  peta minda  yang  biasa  digunakan  untuk
                       mengingat fakta, huraian dan contoh.
                   ii.  Guru memilih tajuk Masyarakat Jahiliah  yang terkandung dalam  Tema 1;
                       Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar.
                   iii.  Guru telah menggunakan alat berfikir ‘Six Thinking Hats’ sebagai salah satu
                       rujukan dengan menggabungkan penggunaannya dengan peta minda.  Oleh
                       itu, alat berfikir yang telah disiapkan ini dikenali sebagai PeMindaKu.
                   iv.  Pelajar harus menamakan  apa-apa  peta minda yang telah disiapkan  oleh
                       mereka dengan sedikit pengubahsuaian yang diingini jika perlu lalu dinamakan
                       sebagai  PeMindaKu.  Tujuan  memberi nama pada peta minda yang telah
                       disiapkan oleh pelajar adalah untuk menunjukkan rasa kepunyaan dan sayang
                       pada peta minda berkenaan.
                   v.  Pada PeMindaku  hendaklah  dilengkapi  dengan  tajuk, fakta,  huraian  dan
                       contoh. Hal ini penting bagi memastikan elemen pengetahuan dan kefahaman
                       yang tepat terdapat pada PeMindaKu, agar taakulan dan komunikasi pada
                       satu-satu esei akan juga dapat ditingkatkan.














                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  133
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139