Page 132 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 132

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            4.0    KUMPULAN SASARAN


            Kumpulan sasaran yang terlibat ialah pelajar dari kelas Tingkatan 6A3 sebanyak 15 orang
            tetapi pengumpulan data   kajian hanya difokuskan kepada lima orang pelajar sahaja.
            Mereka terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan empat orang pelajar perempuan.




            5.0    PELAKSANAAN KAJIAN

            5.1    Tinjauan Masalah


            5.1.1   Tinjauan  masalah  bagi  kajian  ini  dilaksanakan  dalam  tiga kaedah  iaitu melalui
                   kaedah pemerhatian, temu bual dan praujian,
            5.1.2   Kaedah pertama yang dilakukan oleh guru adalah  dengan memerhati cara pelajar
                   mempelajari Sejarah Islam selama lebih kurang satu bulan,
            5.1.3   Kaedah kedua ialah satu temu bual tidak berstruktur iaitu secara lisan dilakukan
                   oleh guru dengan lima orang pelajar yang telah dipilih sebagai responden untuk
                   mengetahui dengan lebih tepat tentang masalah mereka dalam mempelajari mata
                   pelajaran Sejarah Islam,
            5.1.4   Kaedah terakhir ialah guru telah mengadakan praujian iaitu Ujian Topikal 1. Pada
                   praujian ini, satu soalan dan masa selama 30 minit telah ditetapkan untuk pelajar
                   menjawab soalan tersebut.    Masa menjawab satu  soalan adalah sama seperti
                   yang diperuntukkan dalam peperiksaan sebenar,

            5.2    Analisis Tinjauan Masalah


            5.2.1   Pemerhatian  dilakukan selama  lebih  kurang sebulan.  Dapatan  daripada
                   pemerhatian guru, kebanyakan pelajar di 6A3 kurang dan tidak  menggunakan
                   alat berfikir seperti peta minda dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah Islam
                   sama ada untuk mencatat nota, membuat rangka jawapan, semasa perbincangan
                   atau  mendengar pembentangan dan mengulang kaji pelajaran.
            5.2.2   Berdasarkan temu bual tidak berstruktur yang telah dijalankan, guru mendapati
                   bahawa  kesemua lima orang pelajar  menggunakan  kaedah  mengingati  fakta
                   dengan menghafal atau mengenal pasti fakta-fakta melalui kata kunci yang telah
                   di garis atau dicatat pada nota kecil. Selain  itu, seorang pelajar  memberitahu
                   bahawa dia juga bergantung dengan nota yang diberi oleh guru  manakala dua
                   orang lagi menyatakan ada menggunakan peta i-Think untuk membuat nota dan
                   mengulang kaji.
            5.2.3   Sebelum alat berfikir PeMindaKu diaplikasikan dan dipraktikkan sepenuhnya, satu
                   praujian telah dilaksanakan. Soalan “Sejauh manakah masyarakat Arab Jahiliah
                   dikatakan sebagai masyarakat yang tidak bertamadun?”  dijawab  dalam masa



                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  131
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137