Page 65 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 65

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

                 PENINGKATAN KEMAHIRAN MELABEL TAJUK DAN GRAFIK
              MELALUI KAEDAH “TIFT” DAN “ET” DALAM BAHAGIAN B MATA
               PELAJARAN PENGAJIAN A SEMESTER 2 STPM BAGI PELAJAR
                                TINGKATAN 6 ATAS SENI VISUAL
                                          DI SMK PUTERI


                                              Foo Lian Keat
                          Pusat Tingkatan Enam SMK Puteri, 15300 Kota Bharu, Kelantan


                                               Abstrak 4

            Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu pelajar menangani masalah kecuaian ketika melabel
            tajuk dan grafik. Sebanyak 15 orang pelajar yang terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan enam
            orang pelajar  perempuan  dari Tingkatan  Enam Atas Seni Visual telah dipilih  sebagai  responden
            kajian ini. Tempoh masa kajian dari bulan Januari hingga bulan Mac 2019. Fokus kajian ini adalah
            untuk  membantu  pelajar  mengatasi  masalah  kecuaian  ketika  melabel  tajuk  dan  grafik.  Melalui
            pemerhatian, temu bual dan ujian pra, didapati bahawa ramai pelajar melakukan kesilapan ketika
            melabel  tajuk  dan  grafik.  Oleh  itu,  suatu  inovasi  dalam  PdPc  perlu  dilakukan  untuk  membantu
            pelajar mengatasi kelemahan tersebut dengan memperkenalkan kaedah “TIFT” dan “ET” sebagai
            kriteria  semakan  untuk  menyemak  label  tajuk  dan  grafik.  Ujian  Pasca  digunakan  untuk  menguji
            keberkesanan penggunaan kaedah “TIFT” dan “ET”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa selepas
            memperkenalkan  kaedah  “TIFT”  dan “ET”, kesemua  15 orang  (100%)  pelajar  telah menguasai
            kemahiran melabel tajuk jadual manakala 13 orang pelajar (86.67%) berjaya melabel tajuk grafik.
            Seterusnya,  13 orang  pelajar  (86.67%)  berjaya  mendapat  markah  melebihi  10-20  markah  untuk
            melabel grafik. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya membantu murid memperbaiki kelemahan
            melabel tajuk dan grafik dengan mengaplikasi kaedah “TIFT” dan “ET” dengan mengingati kata kunci
            dan kriteria melabel.

            Kata Kunci: Kemahiran melabel, seni visual, kecuaian, “TIFT”, “ET”.



            1.0    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


            Kemahiran  membina  tajuk  dan  grafik  dengan  maklumat  yang  lengkap  dan  tepat
            merupakan nadi pelajar mendapat skor markah yang tinggi ketika menjawab soalan di
            Bahagian  B  (Pemindahan  Bahan Linear kepada Bukan Linear) yang diperuntukkan  20
            markah. Bahagian ini penting untuk membantu pelajar memperoleh skor markah tinggi
            untuk lulus prinsipal dan mendapat Gred A pada Semester 2. Berdasarkan latihan pada
            awal tahun, iaitu pada bulan Januari, didapati pelajar sering melakukan kecuaian ketika
            melabel tajuk dan grafik. Sungguhpun sebilangan kecil pelajar berupaya mengenal pasti
            kata kunci melabel tajuk dan grafik melalui soalan tetapi apabila memindahkan kata kunci
            tersebut ke dalam jadual dan grafik, pelajar melakukan kesilapan teknikal kerana faktor
            kemanusiaan dan teknikal. Kesukaran pelajar menguasai kriteria semakan ketika melabel
            tajuk dan grafik merupakan suatu cabaran kepada guru untuk memperbaiki kelemahan
            pengajaran dan pembelajaran.




       64    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70