Page 67 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 67

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

            Selain  itu, pelajar juga melakukan kecuaian  dengan  melabel  unit yang tidak lengkap
            atau terlebih label. Sebagai contoh, ‘RM juta’ dilabel sebagai ‘RM’ atau ‘juta’, ‘tan’ dilabel
            sebagai ‘tan metrik’ atau sebaliknya ‘tan metrik’ dilabel sebagai ‘tan’, ‘meter padu’ dilabel
            sebagai ‘meter’, ‘orang/kes’ dilabel sebagai ‘orang’ dan sebagainya.


            Analisis refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu sebelum memperkenalkan kaedah
            “TIFT” dan “ET” melalui Ujian Pra menunjukkan bahawa 11 orang daripada 15 orang pelajar
            (73.33%) gagal melabel  tajuk jadual  dengan  tepat manakala 11 orang (73.33%) gagal
            mendapat skor 10-20 markah ketika melabel grafik. Hanya empat orang pelajar (26.67%)
            yang mampu melabel tajuk dengan tepat dan lengkap dan mendapat skor markah melebihi
            10/20 markah. (Rujuk Jadual 5.1 & Jadual 5.2)


            Hasil tinjauan masalah tersebut menunjukkan bahawa pelajar masih melakukan kecuaian
            ketika melabel tajuk dan grafik sungguhpun guru telah memberi pendedahan awal tentang
            cara melabel tajuk dan grafik yang betul. Oleh itu, suatu intervensi, inovasi dan kreativiti
            perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar mengatasi
            masalah kecuaian ketika melabel tajuk dan grafik agar pelajar tidak kehilangan markah
            dalam Bahagian B.




            2.     FOKUS KAJIAN


            Berdasarkan analisis tinjauan melalui temu bual, pemerhatian dan ujian pra, didapati pelajar
            sukar untuk menulis tajuk jadual dan grafik dengan maklumat yang lengkap dan tersusun,
            iaitu bermula dengan tempat, diikuti dengan isu, fokus dan tempoh masa. Sehubungan
            dengan itu, pelajar juga kurang berkemampuan untuk melabel paksi Y, paksi X, petunjuk
            dan sumber dengan maklumat yang lengkap dan tepat serta berada di kedudukan yang
            betul. Sungguhpun pelajar telah diberi pendedahan awal berkaitan dengan teknik melabel
            tajuk  dan  grafik  berdasarkan  kata  kunci  dalam  soalan  tetapi  pelajar  masih  melakukan
            kecuaian  ketika  melabel  tajuk  dan  grafik.  Apabila  ditemu  bual,  pelajar  memaklumkan
            bahawa mereka terlupa atau tertinggal maklumat tertentu dan susunan label. Oleh itu,
            skor markah pelajar dalam Bahagian B adalah rendah.


            Hasil tinjauan awal melalui pemerhatian, temu bual dan ujian pra didapati empat orang
            daripada 15 orang pelajar atau 26.67% tingkatan 6 Seni Visual dapat melabel tajuk jadual
            dan tajuk grafik dengan lengkap dan tepat manakala seorang daripada 15 orang pelajar
            atau  6.67%  dapat  melabel  grafik  dengan  maklumat  yang  lengkap  dan  tepat.  Oleh  itu,
            kaedah “TIFT”  dan “ET”  diperkenalkan kepada pelajar sebagai kriteria semakan untuk
            membantu pelajar ketika melabel tajuk dan grafik.






       66    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72