Page 69 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 69
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
ini. Guru telah mengambil masa 20 minit pertama pada setiap waktu PdPc untuk kajian
ini. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual ketika PdPc sepanjang bulan Januari hingga
bulan Februari, didapati kebanyakan pelajar masih menghadapi masalah melabel tajuk
jadual dan grafik sungguhpun telah diberi pendedahan awal oleh guru dengan cara
mengenal pasti kata kunci soalan dan kriteria melabel paksi. Namun, pelajar masih tidak
berupaya melabel tajuk dan grafik dengan maklumat yang lengkap, tersusun dan tepat.
Oleh itu, kaedah “TIFT” dan “ET” akan diperkenalkan untuk membantu pelajar mengingati
kata kunci melabel tajuk jadual dan kriteria melabel grafik supaya dapat meningkatkan
kemahiran melabel tajuk jadual dan grafik dengan maklumat yang lengkap dan tepat
seterusnya meminimumkan kecuaian.
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah telah dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh pelajar ketika menyiapkan latihan alih bentuk komunikasi (Bahagian B). Kaedah
kuantitatif dan kualitatif seperti pemerhatian, temu bual dan Ujian Pra digunakan untuk
mengumpul data kajian. Pemerhatian dilakukan dalam kelas ketika PdPc untuk Bahagian
B bertujuan untuk memerhati cara pelajar melabel tajuk dan melabel grafik manakala temu
bual dilaksanakan selepas menyemak latihan pelajar, iaitu pelajar yang mendapat skor
markah yang rendah. Ujian Pra dilaksanakan untuk mengumpul data tentang kekuatan
dan kelemahan pelajar melabel tajuk dan grafik.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Melalui pemerhatian ketika PdPc, didapati pelajar agak lemah dari segi melabel tajuk dan
melabel grafik, iaitu selain maklumat tajuk dan label grafik yang tidak lengkap, susunan
tajuk juga tidak mengikut urutan, iaitu bermula dengan tajuk, diikuti dengan isu, fokus
dan tempoh masa. Selanjutnya, hanya beberapa orang pelajar yang melakukan kesilapan
ketika melabel petunjuk, iaitu terlebih label ‘sektor’ atau ‘kaum’.
Di samping itu, pengkaji juga menemu bual beberapa orang pelajar tentang masalah yang
mereka hadapi ketika menyiapkan latihan alih bentuk komunikasi (Bahagian B) Pengajian
Am STPM Semester 2. Hasil temu bual mendapati bahawa pelajar sering kali melakukan
kecuaian ketika melabel tajuk dan grafik, iaitu tertinggal label sama ada tempat, fokus
atau tempoh masa. Sehubungan dengan itu, pelajar juga memaklumkan bahawa kecuaian
yang dilakukan oleh mereka ketika melabel grafik adalah sama ada tertinggal label isu
paksi Y atau terlebih label isu paksi Y. Selain itu, ada sesetengah pelajar juga menyatakan
bahawa mereka tertinggal label unit atau label unit tidak lengkap. Seterusnya, pelajar juga
mengakui bahawa mereka melakukan kecuaian ketika melabel paksi X, iaitu sama ada
label ‘tahun’ tidak lengkap atau tertinggal label ‘tahun’, ‘bulan’, ‘suku tahun’ atau ‘anggaran’.
68 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

