Page 70 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 70
Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti
Semakan latihan Ujian Pra juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar kehilangan
markah, iaitu hanya mendapat markah maksimum 8 markah daripada 20 markah untuk
Bahagian B kerana melakukan kesilapan melabel tajuk, paksi Y dan paksi X.
Tinjauan masalah diperkukuh dengan pengumpulan data dari Ujian Pra. Data Ujian Pra
mendapati bahawa 4 orang pelajar (26.67%) daripada 15 orang pelajar tingkatan 6 Atas
Seni Visual dapat melabel tajuk jadual dan grafik dengan lengkap dan tepat (Rujuk Jadual
5.1)
Jadual 5.1 Analisis Bilangan Pelajar Yang Lulus Melabel Tajuk
Jenis Ujian Bilangan pelajar yang lulus melabel tajuk (orang)
Tajuk Pemboleh Ubah Sumber
Ujian Pra 4/15 0/15 12/15
Selain itu, hanya 6 orang (40.0%) daripada 15 orang pelajar dapat melabel paksi Y dengan
isu dan unit yang lengkap dan tepat. Sehubungan dengan itu, hasil data Ujian Pra juga
mendapati 8 orang pelajar (53.33%) daripada 15 orang pelajar berupaya melabel paksi X
dengan maklumat tahun yang lengkap. Seterusnya, data Ujian Pra juga mendapati bahawa
7 orang pelajar (46.67%) daripada 15 orang pelajar dapat melabel petunjuk dengan tepat.
Data Ujian Pra juga menunjukkan bahawa pelajar kurang menghadapi masalah ketika
melabel sumber kerana maklumat sumber boleh diperoleh dengan menyalin terus dari
rencana. Oleh itu, 14 orang pelajar (93.33%) daripada 15 orang pelajar dapat melabel
sumber dengan lengkap dan tepat. (Rujuk Jadual 5.2)
Jadual 5.2 Analisis Bilangan Pelajar Yang Lulus Melabel Grafik
Jenis Ujian Bilangan pelajar yang lulus melabel grafik (orang)
Tajuk Paksi Y Paksi X Petunjuk Sumber Jumlah
(Isu & Unit) Markah
10/20 Dan
Ke Atas
Ujian Pra 4/15 6/15 8/15 7/15 14/15 4/15
Namun begitu, secara keseluruhannya, hanya 4 orang daripada 15 orang pelajar atau
26.67% dapat skor markah lebih daripada 8 markah, iaitu antara 15 markah hingga 20
markah manakala 11 orang pelajar daripada 15 orang pelajar mendapat skor markah
kurang daripada 8 markah kerana sama ada melakukan kecuaian ketika melabel tajuk,
atau melabel paksi Y dan paksi X. (Rujuk Jadual 5.3) Hasil dapatan kajian mendapati
Kementerian Pendidikan Malaysia 69

