Page 68 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 68

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            Melalui kaedah tersebut, diharapkan pelajar dapat menangani kelemahan ketika melabel
            tajuk berpandukan kata kunci “TIFT” dan melabel grafik dengan menyemak label grafik
            berdasarkan kriteria semakan “ET”.




            3.     OBJEKTIF KAJIAN


            Kajian tindakan bertajuk peningkatan kemahiran melabel tajuk dan grafik melalui kaedah
            “TIFT” dan “ET” dalam Bahagian B mata pelajaran Pengajian Am Semester 2 STPM bagi
            pelajar tingkatan 6 Atas Seni Visual dilaksanakan supaya dapat mencapai sasaran berikut:


            3.1    Objektif Umum


            Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar 6 Atas Seni Visual
            dalam Bahagian B mata pelajaran Pengajian Am Semester 2 STPM.

            3.2    Objektif Khusus


            3.2.1   memastikan sekurang-kurangnya  7 orang pelajar  (46.67%) daripada  15 orang
                   pelajar tingkatan 6 Atas Seni Visual dapat melabel tajuk jadual dan tajuk grafik
                   dengan susunan yang betul dan maklumat yang lengkap dan tepat.
            3.2.2   memastikan sekurang-kurangnya  7 orang pelajar  (46.67%) daripada  15 orang
                   pelajar tingkatan 6 Atas Seni Visual dapat melabel grafik dengan maklumat yang
                   lengkap dan tepat, iaitu memperoleh sekurang-kurangnya 10/20 markah.



            4.     KUMPULAN SASARAN


            Seramai 15 orang pelajar, iaitu 9 orang lelaki dan 6 orang perempuan dari tingkatan 6 Atas
            Seni Visual yang akan menduduki peperiksaan STPM Semester 2. Pelajar-pelajar dipilih
            sedemikian  untuk meninjau  sejauhmana  pelajar  mampu mengaplikasi  kaedah  “TIFT”
            untuk melabel tajuk jadual dan grafik mengikut susunan dan menggunakan kaedah “ET”
            sebagai kriteria semakan ketika melabel grafik agar maklumat melabel adalah lengkap dan
            tepat kedudukannya.




            5.     PELAKSANAAN KAJIAN


            Kajian tindakan ini telah mengambil masa hampir 3 bulan, iaitu dari bulan Januari hingga
            bulan Mac. Sebanyak 4 waktu PdPc telah diperuntukkan dalam seminggu untuk Bahagian
            B, iaitu pemindahan bentuk linear kepada bentuk bukan linear bagi menjalankan kajian



                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  67
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73