Page 66 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 66
Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti
Berdasarkan pemerhatian, temu bual dan Ujian Pra, didapati terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan pelajar melakukan kecuaian ketika melabel tajuk dan grafik, iaitu :
i. Label Tajuk Jadual Tidak Lengkap dan Tidak Mengikut Susunan
Label tajuk perlu menepati empat kriteria dan mengikut susunan, iaitu tempat, isu, fokus
dan tempoh masa. Pelajar sering melakukan kecuaian ketika melabel tempat sungguhpun
maklumat tempat boleh diperoleh sama ada melalui soalan atau dalam rencana. Pelajar
mengambil mudah dengan mencatat tempat sebagai ‘Malaysia’ walaupun kebiasaannya
maklumat tempat ialah ‘Malaysia’, namun kadang kala maklumat tempat ialah ‘Semenanjung
Malaysia’. Selain itu, maklumat tempat mungkin juga ialah ‘Sabah dan Sarawak’ atau
‘Sabah’ sahaja atau ‘Sarawak’ sahaja.
Seterusnya, pelajar juga mencatat isu dan fokus dengan tidak lengkap dengan
meringkaskan maklumat isu dan fokus dari soalan, sebagai contoh ‘Perubahan Keluasan
Kawasan Tanaman Sayur-Sayuran’, pelajar menulis ‘Keluasan Kawasan Tanaman
Sayur-Sayuran’. Sehubungan dengan itu, pelajar juga mengabaikan label fokus, contohnya
‘Mengikut Negeri Terpilih’, pelajar sama ada langsung tidak melabel fokus atau melabel
fokus dengan tidak lengkap, iaitu hanya melabel ‘Mengikut Negeri’ dengan meninggalkan
perkataan ‘Terpilih’.
Di samping itu, pelajar juga kerap kali melakukan kecuaian ketika melabel tempoh masa.
Pelajar mengambil mudah dengan melabel ‘tahun’ sahaja sedangkan maklumat soalan
dan rencana mengkehendaki pelajar melabel tempoh bulan dan tahun, iaitu ‘bulan Januari
hingga Jun Tahun 2015’. Tambahan lagi, kadang kala maklumat tempoh masa adalah
‘Anggaran’ atau ‘Jangkaan’ atau ‘Sasaran’. Maklumat tersebut sama ada dinyatakan
dengan jelas dalam soalan atau sengaja diselit dalam rencana. Pelajar yang kurang teliti
akan terjerat dengan tidak menyatakan maklumat tersebut.
Pelajar juga melabel tajuk tidak mengikut susunan, iaitu mula dengan ‘tempat’, diikuti
dengan ‘isu’, ‘fokus’ dan ‘tempoh masa’. Pelajar mengambil mudah dengan menyalin label
tajuk dari soalan tanpa mengikut susunan.
ii. Label Grafik Yang Tidak Lengkap
Selain daripada tajuk, pelajar juga ketara melakukan kecuaian ketika melabel paksi Y
dan paksi X. Ketika melabel petunjuk, pelajar hanya melakukan kecuaian minimum, iaitu
mengulangi label pembolehubah seperti ‘sektor’ atau ‘kaum’. Namun, pelajar melakukan
kecuaian minimum ketika melabel sumber kerana maklumat sumber boleh dipetik terus
dari rencana. Sungguhpun pelajar boleh mendapat maklumat label ‘isu’ dan ‘unit’ daripada
soalan dan rencana, namun masih terdapat pelajar yang sama ada terlebih label atau label
tidak lengkap pada ‘isu’. Sebagai contoh sepatutnya pelajar melabel ‘keluasan kawasan
tanaman sayur-sayuran’ tetapi pelajar terlebih label isu sebagai ‘perubahan keluasan
kawasan tanaman sayur-sayuran mengikut negeri terpilih’.
Kementerian Pendidikan Malaysia 65

