Page 24 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 24

Jalan Pulang


              cuma.
                     Di kaki langit bola matahari kian meninggi.
              Cahayanya menyinari seluruh alam semesta. Sepertimana
              harapan Pak Long. Agar Kota Warisan terus hidup subur buat
              selama-lamanya.
                     Pemaju  tidak mempunyai rasa cinta terhadap
              warisan sejarah. Demi keuntungan semata-mata sanggup
              membunuh Kota Warisan. Apakah Kota Warisan akan
              menerima nasib yang sama seperti Kota Melaka yang dibina
              oleh Portugis sewaktu menakluk pada tahun 1511? Persoalan
              yang mengetuk fikiran Pak Long. Hari ini sebahagian sahaja
              Kota Melaka yang tinggal akibat diletupkan oleh Inggeris.
              Generasi hari ini tidak dapat menatap peninggalan bersejarah
              yang lebih berharga daripada emas dan permata. Pak Long
              tidak mahu ibarat kematian tanpa nisan terjadi pada Kota
              Warisan.
                     Musnah …! Itulah yang mampu digambarkan oleh
              Pak Long. Generasi akan datang tidak akan dapat melihat
              Kota Warisan. Pak Long pernah meminta agar penduduk
              kampung   bersatu  mempertahankan  Kota  Warisan.
              Sepertimana yang dilakukan oleh Panglima Muda dan
              moyangnya. Malangnya dia hanya bertepuk sebelah tangan
              sahaja.
                     Amat memedihkan jawapan yang diterima. Seperti
              ditikam sembilu rasanya. Hampir menitis air mata orang tua
              itu. Sedih. Kata mereka Kota Warisan tidak berguna lagi.
              Lebih baik dirobohkan. Bina resort mewah untungnya besar
              pada kampung ini.
                     Serta-merta langit yang cerah bertukar menjadi
              mendung. Hujan pun turun membasahi Kota Warisan.
              Seolah-olah bersimpati dengan Pak Long. Akur dan bersabar.




                                     23






 Teks Jalan Pulang.indd   23                                  05/05/2020   14:39:59
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29