Page 64 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 64

Jalan Pulang



              Insya-Allah. Hajat kita yang baik ini akan dimakbulkan,” Tok
              Ketua menyokong sepenuhnya kata-kata Adnan itu.
                     Adnan menggandakan usaha mengumpulkan
              penduduk kampung untuk mengatasi kemelut yang melanda.
              Ada yang bersetuju untuk bertemu dan ada yang tidak mahu
              bertemu. Namun begitu dia tidak berputus asa. Siang dan
              malam dia bekerja keras untuk memujuk penduduk
              kampung agar bersatu semula dan tidak berpindah ke tempat
              yang baru.
                     “Esok kita mesti adakan pertemuan, tok. Kita mesti
              berusaha jugak untuk mengatasi masalah yang melanda
              penduduk kampung ni,” Adnan berkata.
                     “Tapi tak ramai penduduk kampung yang setuju
              datang. Macam mana kita nak selesaikan masalah ni …,”
              rengus Tok Ketua sebaliknya.
                     “Tak mengapa, tok. Yang penting saya nak tekankan
              kepada penduduk kampung yang hadir betapa perlunya kita
              bersatu dan mempertahankan kampung ni. Tok jangan risau.
              Serahkan saja pada saya,” balas Adnan.
                     Pada keesokan harinya pertemuan kedua diadakan
              di balai raya kampung.  Amat  menyedihkan  sekali  sama
              seperti pertemuan pertama dulu tidak ramai penduduk
              kampung yang hadir. Sedangkan usaha yang dilakukan oleh
              Adnan adalah untuk kebaikan bersama penduduk kampung.
                     Dengan tiba-tiba Adnan teringat akan ungkapan
              dalam hidup ini biar kita kalah asalkan jangan mengalah. Dia
              sendiri tidak pasti dari buku mana dia membaca ungkapan
              itu dan yang pasti ia ditulis oleh seorang ahli falsafah yang
              terkenal. Adnan lupa nama ahli falsafah itu. Dia menjadikan
              kata-kata itu sebagai pedoman dalam perjuangannya
              menyatukan semula penduduk kampung dan kekal di tempat




                                     63






 Teks Jalan Pulang.indd   63                                  05/05/2020   14:40:03
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69