Page 63 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 63
Azaika SR
“Ayah ke bandar. Dengar petang ni ada pertemuan
penduduk kampung di balai raya. Betul ke, bang?” ujar
Suraya.
“Betul, Suraya. Nak membincangkan masalah yang
melanda penduduk kampung sekarang ni. Pak Salleh dah
tahu ke hal ni?” Adnan berkata.
“Dah. Tok Ketua yang beritahu dia sewaktu sarapan
di warung ni pagi tadi,” Suraya sebaliknya membalas.
“Kalau Suraya nak dengar luahan penduduk
kampung tentang pembangunan yang hendak dibuat oleh
orang kaya dari bandar tu sehingga membawa kepada
perpecahan datanglah ke balai raya petang ni,” pelawa Adnan.
“Insya-Allah, bang. Kalau tak ada apa-apa nanti
Suraya datang. Oh ya. Asyik bercerita terlupa pulak. Abang
nak apa?” dia bersuara.
“Beri abang nasi lemak tiga, kuih kaswi tiga dan
kuih karipap tiga,” pinta Adnan.
“Yalah, bang,” Suraya menjawab.
Seperti yang dirancang oleh Tok Ketua, Tok Imam,
Pak Sudin dan Adnan pertemuan diadakan di balai raya.
Namun begitu tidak semua penduduk kampung yang hadir.
Hasrat untuk menyatukan semula penduduk kampung yang
berpecah belah dan mendapatkan keputusan agar tidak
berpindah tidak tercapai.
“Nampaknya apa yang kita harapkan gagal. Tapi
kita tak boleh berputus asa. Kita mesti aturkan lagi
pertemuan. Kalau tidak masalah ini tak akan selesai,” ucap
Adnan pula sebaik-baik sahaja pertemuan pada petang itu
selesai.
“Kita kena bersabar, Adnan. Banyakkanlah berdoa.
62
Teks Jalan Pulang.indd 62 05/05/2020 14:40:03

