Page 107 - Teks Tanah Kebun
P. 107

Tanah Kebun



                     Deraman  tidak  mampu untuk bercakap
              dan hanya mampu melihat  dan mendengar apa
              yang mereka bertiga bincangkan.
                     “Hah!”  kata Orang  Kaya Bakar  dengan
              tiba-tiba sahaja.
                     “Aku dah dapat. Apa yang patut kita buat
              dengan orang macam dia ni,” sambung Orang Kaya
              Bakar lagi.
                     “Apa dia,  bos?” Jo yang bagaikan tidak
              sabar-sabar lagi untuk mengetahui apa yang perlu
              dilakukan pada Deraman.
                     “Mudah saja,  Jo!  Orang  macam  ni  kita
              hapuskan saja.  Lepas tu kita  lari  ke sempadan
              Siam!” putus Orang Kaya Bakar.
                     “Bagus  sekali  keputusan bos tu.  Itulah
              yang sebaik-baiknya kita  lakukan. Orang  macam
              dia ni buat apa kita simpan. Menyusahkan  aje.
              Lebih baik dia mampus!” Budin menambah.
                     “Tolong …. Tolong, Encik Bakar …. Jangan
              ….  Jangan bunuh saya ….  Tolong …,”  rayu
              Deraman  pula  sebaliknya dalam  nada suara yang
              terketar-ketar kerana ketakutan.
                     Mendengar sahaja  kata-kata  yang keluar
              daripada mulut Deraman itu Orang Kaya Bakar
              lalu memandang wajahnya dengan  rasa penuh
              bengis dan geram.
                     “Sudah terlambat, Deraman!”
                     Orang Kaya  Bakar menggeleng-gelengkan
              kepala sambil memandang muka Deraman seperti
              mahu menelannya hidup-hidup.




                                     107






 Teks Tanah Kebun.indd   107                                  03/06/2020   16:42:28
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112