Page 106 - Teks Tanah Kebun
P. 106
Azaika SR
yang sedang dilanda kesedihan teramat sangat.
“Hairan. Ke mana dia pergi. Tak apalah,
makcik. Bawa banyak bersabar. Adam pergi cari
dia sekarang,” kata Adam.
Sampai sahaja di bandar Adam lalu
membuat laporan polis mengenai kehilangan
pakciknya.
Sementara itu kedua-dua belah tangan
Deraman diikat dengan kesan lebam di mukanya
akibat diseksa dan dipukul teruk oleh Jo dan
Budin.
Seluruh badannya terasa lemah dan sakit-
sakit akibat didera oleh Orang Kaya Bakar yang
marah kerana menipunya tidak menjualkan tanah
kebun milik arwah adiknya seperti yang telah
dijanjikan sedangkan wang cengkeram telah
diterima oleh Deraman.
“Macam mana ni, bos? Apa yang kita nak
buat dengan dia ni?” Jo bersuara.
“Betul kata Jo tu, bos!” Budin sebaliknya
menyokong sambil mengangguk-anggukkan
kepala.
“Sampai bila kita nak tahan dia. Lagipun
dah tentu polis cari kita. Nahas, bos. Tambah
pulak mereka dah tahu kegiatan kita!” ingat Budin
pula pada Orang Kaya Bakar.
“Ya! Ya! Itu aku tahu. Apa? Kau orang
ingat aku tak fikirkan semua tu, ke?”
Orang Kaya Bakar mencelah sambil
berjalan mundar-mandir memikirkan sesuatu.
106
Teks Tanah Kebun.indd 106 03/06/2020 16:42:28

