Page 110 - Teks Tanah Kebun
P. 110
Azaika SR
“Betul kata pakcik tu, Adam. Yang penting
sekarang Adam harus berjaya mendapatkan ijazah.
Untuk membela nasib keluarga. Sepertimana yang
diharapkan oleh arwah ayah dan ibu Adam,”
sokong Mariam pula.
“Pakcik sebenarnya terhutang budi pada
Adam. Kerana telah menyelamatkan nyawa pakcik.
Kalau tak …. Entah apalah yang akan terjadi pada
pakcik,” luah Deraman.
“Sudahlah tu, pakcik. Saya tak minta
semua tu untuk dihargai. Yang penting pakcik
selamat,” Adam membalas.
“Pakcik dan makcik minta maaf pada
Adam dan jugak kau, Tijah. Abang benar-benar
menyesal. Dengan apa yang telah abang lakukan
selama ni ….”
Nada suara Deraman berbunyi sayu dan
tanpa disedari perlahan-lahan air matanya
mengalir membasahi pipi.
“Kakak pun begitu. Maafkan kakak, Tijah
…,” Mariam mencelah sambil turut menitiskan air
mata.
“Bang, kak yang sudah tu sudahlah.
Abang dan kakak tak ada salah apa pun dengan
saya. Ikatan kekeluargaan kita tetap erat.
Walaupun Abang Majid dah tak ada lagi,” jawab
Tijah pula sebaliknya.
Apabila mendengar sahaja apa yang
diperkatakan oleh Tijah itu Deraman lalu tunduk
bersama linangan air mata yang terus mencurah-
curah seperti hujan.
110
Teks Tanah Kebun.indd 110 03/06/2020 16:42:28

