Page 104 - Teks Tanah Kebun
P. 104
Azaika SR
datang ke rumahnya.
Mariam lantas menangis teresak-esak dan
mula terbayang akan nasib buruk yang menimpa
diri suaminya.
“Sudahlah, kak. Bawa bersabar. Nanti kita
cari dia. Banyakkan berdoa moga dia selamat.”
Tijah sebaliknya menenangkan Mariam sambil
memegang lembut bahunya.
“Tak tahulah apa yang terjadi pada Abang
Deraman,” Mariam bersuara dengan menangis
teresak-esak.
Adam menarik nafas panjang dan
memandang wajah makciknya itu yang sedang
dibalut rasa kesedihan kerana suaminya tidak
pulang ke rumah sejak dari semalam.
“Dia pergi mana, makcik?” Adam menyoal.
“Katanya pergi ke bandar,” ujar Mariam
yang tak henti-henti menangis.
“Pergi ke bandar?” tanya Adam lagi.
“Ya, Adam …!” kata Mariam pula dengan
tangisannya masih belum reda.
“Pakcik buat apa pergi ke bandar,
makcik?” soal Adam tak putus-putus dengan rasa
penuh minat.
“Entahlah, Adam,” Mariam membalas.
“Makcik sendiri pun tak tahu …,”
sambungnya dalam nada suara yang perlahan dan
terus menangis.
Tijah sebaliknya hanya mendiamkan diri
dan menggosok-gosok lembut bahu Mariam untuk
104
Teks Tanah Kebun.indd 104 03/06/2020 16:42:27

