Page 108 - Teks Tanah Kebun
P. 108

Azaika SR


                     “Kau mesti  mati  jugak di tangan aku.
              Bersedialah untuk mengucapkan selamat tinggal!”
              Orang  Kaya Bakar  berkata  sambil  mengacukan
              pistol  ke arah Deraman yang nampak menggigil
              ketakutan.
                     “Polis!  Letakkan senjata.  Lebih baik awak
              semua menyerah  diri!” Kedengaran  suara  dan
              dengan pantas Orang  Kaya Bakar  dan orang-
              orangnya dapat diberkas oleh polis.
                     “Pakcik!” Adam bersuara dan lalu menuju
              ke arah Deraman dan membuka ikatan tali di
              tangannya.
                     “Adam …!”  Deraman  hanya mampu
              mengeluarkan  nada  suara yang lemah dan tak
              bermaya.
                     “Syukur    alhamdulillah.   Pakcik   dah
              selamat.  Mari  kita  balik!”  ajak Adam sambil
              memapah pakciknya.
                     Sampai sahaja di rumah ibunya Deraman
              dan Adam disambut dengan rasa  penuh gembira
              oleh Mariam.
                     “Macam mana Adam  tahu yang  pakcik
              disembunyikan oleh  Orang  Kaya Bakar?”  tanya
              Deraman.
                     “Hasil  daripada maklumat orang ramai,
              pakcik.   Pihak   polis   memang     dah   lama
              menghendaki  Orang Kaya  Bakar dan  orang-
              orangnya. Mereka bukan sahaja menjadi peminjam
              wang  secara  haram  malahan juga  terlibat  dengan
              kegiatan jenayah  seperti rompakan  dan  peras
              ugut. Menurut pihak polis lagi mereka juga terlibat




                                    108






 Teks Tanah Kebun.indd   108                                  03/06/2020   16:42:28
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113