Page 105 - Teks Tanah Kebun
P. 105

Tanah Kebun



              menenangkan  dirinya yang tidak sudah-sudah
              menangis sejak dari tadi.
                     “Makcik  dah buat laporan  polis?”  Adam
              berkata.
                     “Belum  lagi,  Adam …!”  geleng Mariam
              lemah dan tak bermaya.
                     “Makcik  benar-benar buntu. Puas makcik
              cari dia. Tapi tak ada …,” ulangnya.
                     “Dah tanya kawan-kawan dia?”
                     Adam mengangkat kepala memandang
              muka makciknya.
                     “Sudah, Adam!” Mariam menjawab dengan
              cepat.
                     Adam sebaliknya hanya mendiamkan diri
              apabila  mendengar  jawapan  yang diberikan  oleh
              makciknya    itu   dan    memikirkan     apakah
              sebenarnya yang terjadi pada pakciknya.
                     “Dahlah,   kak.   Berhentilah  menangis.
              Sama-samalah kita berdoa pada  Tuhan  semoga
              Abang Deraman dilindungi  dan selamat,”  pujuk
              Tijah pula.
                     Mariam  tidak  mampu untuk berkata-kata
              lagi dan hanya menangis sahaja yang mampu
              dilakukannya  mengenangkan  nasib buruk yang
              dialami  oleh  Abang Deraman suaminya apabila
              tidak pulang ke rumah sejak dari pagi semalam.
                     Tijah  yang memahami  akan perasaan
              Mariam yang digambarkan melalui tangisan itu tak
              henti-henti menggosok-gosok lembut bahunya
              untuk  menyabarkan  dan menenangkan  dirinya




                                     105






 Teks Tanah Kebun.indd   105                                  03/06/2020   16:42:27
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110