Page 114 - Teks Tanah Kebun
P. 114

Azaika SR


              dia  yang  bernama  pungguk berasa tidak  senang
              apabila melihatnya. Tentu ada sesuatu yang tidak
              kena menyebabkan dia  jadi  begini  bisik  hati  kecil
              pungguk.
                     Pungguk  lalu mengeluarkan  nada  suara
              perlahan untuk memujuk kekasihnya yang sedang
              dilanda rasa sedih dan duka.
                     “Sang rembulan ….”
                     “Aku minta maaf. Kalau membuatkan hati
              kau terluka …,” katanya lagi.
                     Mendengarkan  saja kata-kata syahdu
              pujukan  kekasihnya itu membuatkan  hati sang
              rembulan lalu rasa terusik dan tersentuh. Dengan
              sedalam-dalamnya umpama lautan biru yang luas
              dipandangnya wajah kekasihnya itu. Sepanjang dia
              memadu kasih dan cinta dengan pungguk tak
              pernah sekalipun dia  menyakiti  apatah lagi
              melukai  hatinya.  Tak sanggup rasanya untuk dia
              membiarkan  pungguk dibalut  rasa  kegelisahan
              apabila melihat dia menunjukkan perubahan pada
              malam ini.  Berwajah dengan rasa penuh  berduka
              dan bersedih  menitiskan  air  mata  seperti  hujan
              turun yang mencurah-curah.
                     Sang rembulan lalu  menjelaskan perkara
              yang sebenarnya kepada  orang yang dicintainya
              pungguk.
                     “Duhai   pungguk    yang    aku   sayangi
              sepanjang  hayat. Ketahuilah bahawa aku  tidak
              pernah rasa terluka keranamu.”
                     Rasa  gembira dan lega bukan  kepalang
              jelas  nampak di  muka pungguk. Yang diterangi




                                     114






 Teks Tanah Kebun.indd   114                                  03/06/2020   16:42:29
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119