Page 115 - Teks Tanah Kebun
P. 115

Tanah Kebun



              dengan  cahaya indah dan cantik sang rembulan
              dalam   kepekatan    malam.    Walaupun     sang
              rembulan menangis kerana berasa sedih dan duka
              namun ia  tetap  menawan  dipandang menyinari
              malam. Tidak nampak titis-titis  air mata sang
              rembulan. Barangkali  inilah  yang dinamakan
              keajaiban Tuhan  dan kesetiaan sang rembulan
              seperti yang dicurahkannya pada pungguk dengan
              menyinari  cahaya di  langit  hitam  dan pekat.
              Biarpun  dalam  hatinya  tak  siapa  yang tahu dia
              kini sedang dilanda rasa duka dan sedih.
                     Sementara itu pungguk  diam dan  tak
              berkata untuk  mendengar  apa yang ingin
              dikatakan lagi oleh kekasih hatinya.
                     “Aku sedih  melihat  apa yang berlaku  di
              bawah …,” sayu bunyi nada suara sang rembulan.
                     “Maksud kau  pergolakan  hidup  manusia
              yang berlaku pada hari  ini?”  pungguk memotong
              dengan pantas.
                     Memang benar kita sebagai manusia tidak
              pernah  mendengar  sang rembulan bercakap.
              Manusia dan sang rembulan tidak sama sifatnya.
              Tuhan    memberikan    manusia    suara   untuk
              bercakap tetapi  sang rembulan tidak.  Ramai
              manusia yang hidup di dunia tetapi sang rembulan
              hanya satu. Yang boleh dilihat di langit hitam nan
              tinggi di malam hari.
                     Namun  manusia dan sang rembulan
              mempunyai satu  persamaan iaitu  diciptakan  oleh
              Tuhan. Cuma  yang membezakan lagi  sang
              rembulan berada di  atas  dan manusia berada di




                                     115






 Teks Tanah Kebun.indd   115                                  03/06/2020   16:42:29
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120