Page 119 - Teks Tanah Kebun
P. 119

Tanah Kebun







                              10. Pulau Payung









                                        ARI jauh kelihatan kapal
                                        perang Negara Naga Sakti
                                 Dsedang           mengharungi
                lautan biru yang luas.
                        “Dato’   Laksamana!”    tegur   Panglima
                Bentara Betong.
                        Dato’  Laksamana Rentaka lalu  berpaling
                ke arah Panglima Bentara Betong.
                        “Kita  dah dapat maklumat  daripada
                pasukan pengintip,” dia berkata.
                        “Apa dia?”  Dato’  Laksamana Rentaka
                sebaliknya menyoal Panglima Bentara Betong.
                        “Kekuatan musuh tidaklah sehebat mana.”
                Itulah  jawapan  yang diberikan oleh  Panglima
                Bentara Betong.
                        “Awak  yakin?” tanya Dato’  Laksamana
                Rentaka lagi.
                        “Ini buktinya, Dato’ Laksamana!” Panglima
                Bentara   Betong   menyerahkan     laporan  yang
                diterima daripada pasukan pengintip kepada Dato’
                Laksamana Rentaka.




                                    119






 Teks Tanah Kebun.indd   119                                  03/06/2020   16:42:30
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124