Page 135 - Teks Tanah Kebun
P. 135

Tanah Kebun


              Bila mendapat perkhabaran yang Bujang akan
              menentangnya.    Dalam    pemilihan    pengerusi
              persatuan     mahasiswa.      Yang      menurut
              perlembagaan persatuan  diadakan  dua tahun
              sekali.
                     Selama dia  memegang jawatan  pengerusi
              tiada perubahan  mahupun  program dan  aktiviti
              yang dilakukannya dalam  persatuan. Sejajar
              dengan tujuan utama penubuhannya.
                     Menjaga kebajikan mahasiswa jauh sekali.
              Maka sewajarnyalah  dia  mengundurkan  diri.
              Untuk memberi peluang  kepada  muka baru
              menerajui  persatuan. Namun  disebabkan mahu
              sentiasa mendapat nama dan gilakan kuasa  dia
              tetap mahu memastikan jawatan itu tetap menjadi
              miliknya.  Buat  kali  yang keempat berturut-turut
              walaupun    dengan   menggunakan     cara  yang
              dianggap   kotor   dan    tidak   sihat   dalam
              pertandingan.
                     “Berani   Bujang   mencabar    aku!”  dia
              berkata dalam nada  suara yang  marah dan  tidak
              puashati. Kerana ada orang yang cuba untuk
              menggugat kedudukannya dalam persatuan.
                     “Kau mesti  buat sesuatu,  Daik.  Untuk
              memastikan jawatan yang kau pegang selama ini
              tidak jatuh dengan mudah ke tangan dia,” Lingka
              sahabat akrabnya mencelah.
                     “Memang  betul  sekali  apa yang kau
              katakana tu,  Lingka!”  Daik  membalas  dengan
              mengangguk-anggukkan kepala.
                     “Aku tengok makin ramai pelajar-pelajar di




                                     135






 Teks Tanah Kebun.indd   135                                  03/06/2020   16:42:32
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140