Page 136 - Teks Tanah Kebun
P. 136

Azaika SR

              universiti  ini  yang  menyokong dia.  Tambah pulak
              dibantu dengan kempen yang hebat dijalankan
              oleh Teruna dan Dara,” dia menambah lagi.
                     Lingka pantas memberikan cadangan  dan
              buah fikiran kepada Daik. Bagaimana cara untuk
              mengalahkan     Bujang.   Dalam    pertandingan
              pemilihan    jawatan     pengerusi    persatuan
              mahasiswa. Di mana akan diadakan  tidak lama
              lagi.
                     “Kau kan anak jutawan yang terkenal di
              negara  ini. Jadi, kau  kenalah minta bantuan
              daripada ayah kau.”
                     Daik lalu mengangkat kepala dengan tinggi
              memandang  muka kawan karibnya  itu dan
              menyoal.
                     “Maksud kau?”
                     “Kau  mesti dapatkan  bantuan  kewangan
              daripada bapa  kau. Untuk  membeli  mahasiswa-
              mahasiswa  di  universiti  ini.  Untuk  terus  memilih
              kau mengetuai persatuan. Hanya itu sajalah jalan
              yang ada buat kau. Bagi mengalahkan  Bujang
              dalam pertandingan itu nanti,” jelas Lintang.
                     Rasa kegembiraan dan kelegaan serta-
              merta nampak di muka Daik. Sebaik-baik sahaja
              mendengar  apa yang dimaksudkan  oleh Lintang
              itu.
                     “Bijak!  Kau memang bijak!”  dia memuji
              Lintang. Sambil menepuk-nepuk  bahu  kawan
              akrabnya itu.
                     “Ya!”   tambah     Daik    lagi   dengan
              mengangguk-anggukkan kepala.



                                    136






 Teks Tanah Kebun.indd   136                                  03/06/2020   16:42:32
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141