Page 17 - Teks Tanah Kebun
P. 17
Tanah Kebun
2. Jihad
NGIN petang bertiup
lemah-gemalai. Membelah
Aseluruh kampung. Waktu
asar belum lagi masuk. Lebai Dollah awal-awal
lagi sudah tiba di masjid. Sebaik-baik sahaja Lebai
Dollah mematikan enjin motosikal Osman muncul.
“Assalamualaikum, lebai,” Osman lalu
memberi salam.
“Waalaikumsalam,” jawab Lebai Dollah
sebaliknya sambil bersalaman dengan Osman.
“Panas betul sekarang ya, lebai. Musim
kemarau agaknya,” tambah Osman pula.
“Yalah! Dah tiga bulan hujan tak turun.
Macam mana pun kita kena bersyukur. Panas ke
hujan ke sudah ditentukan Tuhan asalkan tak
ditimpa bencana. Macam negara lain. Yang kita
tengok di tv dan suratkhabar tu,” Lebai Dollah
berkata.
“Memang betul kata lebai tu. Semuanya
kehendak Tuhan. Bukan kehendak kita sebagai
manusia. Tapi kalau direnung-renung balik
17
Teks Tanah Kebun.indd 17 03/06/2020 16:42:16

