Page 13 - Teks Tanah Kebun
P. 13
Tanah Kebun
“Tak ada apa-apa, Tipah! Cuma abang
terkenangkan Sabri,” Borhan berkata.
“Sabri?” tanya isterinya pula.
“Ya!” dia mengangguk-anggukkan kepala.
“Pekerja di syarikat kita. Budaknya baik.
Rajin bekerja dan jujur. Berkenan abang nak
jodohkan dia dengan Miza anak kita tu. Sekurang-
kurangnya dia dengan Miza dapat menjaga
syarikat kita tu.” Dia menyatakan hasrat murninya
pada isterinya.
“Tipah tak kisah, bang. Apa yang abang
fikirkan baik Tipah pun begitu jugak. Tapi apa pun
biarlah Miza tu habiskan pelajarannya dulu di luar
negeri,” ucap isterinya pula.
“Yalah, Tipah. Itu cuma cadangan abang
saja. Kita sebagai manusia hanya mampu
merancang. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Bercakap pasal Sabri ni abang teringat pada Abang
Baharuddin. Wajahnya saling tak tumpah macam
dia,” Borhan bersuara.
“Dah lama abang putus hubungan adik-
beradik dengan dia. Khabar berita pun tak dengar.
Macam manalah agaknya keadaan dia sekarang
ya, bang …?” isterinya menambah dalam nada
suara yang lembut.
Borhan sebaliknya diam. Kata-kata
isterinya itu semakin menguatkan ingatannya
terhadap abangnya Baharuddin. Serta-merta juga
dia teringatkan pesan arwah ayahnya. Agar jangan
putus hubungan adik-beradik. Hanya Baharuddin
sajalah satu-satunya abang kandungnya yang ada
13
Teks Tanah Kebun.indd 13 03/06/2020 16:42:16

