Page 14 - Teks Tanah Kebun
P. 14

Azaika SR


              di dunia ini.
                     Latipah dapat membaca apa yang sedang
              menyelubungi perasaan suaminya.
                     “Abang ….”  Dia  terus  mengeluarkan nada
              suara yang halus. Borhan memandang tepat wajah
              isterinya.
                     “Yang sudah  tu sudahlah. Buang yang
              keruh ambillah yang jernih. Tiada gunanya abang
              menyimpan perasaan  dendam terhadap Abang
              Baharuddin. Dia bukannya  orang lain. Abang
              kandung abang jugak.  Maafkan Tipah,  bang. Tak
              sepatutnya Tipah cakap macam ni  pada abang.
              Tapi demi kebaikan  bersama Tipah beranikan
              juga,” luah Latipah dengan  penuh  panjang  lebar
              pada suaminya.
                     “Tipah tak bersalah dalam hal ini. Apa
              yang   Tipah   cakap   memang     benar.   Sejak
              kebelakangan ini  abang asyik  teringatkan  dia.
              Sampai terbawa-bawa  dalam  mimpi  …,”  kata
              Borhan pula dalam nada suara yang perlahan.
                     “Sudahlah, bang. Apa kata esok kita pergi
              jumpa dia. Tautkan  kembali hubungan  abang
              dengan dia. Yang telah sekian lama terputus,” ajak
              isterinya pula.
                     “Yalah,     Tipah!”    dia     sebaliknya
              mengangguk-anggukkan  kepala sebagai tanda
              menurut sahaja ajakan isterinya tu.
                     Sebuah kereta mewah kelihatan memasuki
              halaman rumah Baharuddin.
                     “Bang! Ada orang datang,” ujar Salmah.





                                     14






 Teks Tanah Kebun.indd   14                                   03/06/2020   16:42:16
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19