Page 12 - Teks Tanah Kebun
P. 12

Azaika SR


              Yang duduk di sebelahnya.
                     “Apa dia, mak?” Sabri menyoal ibunya.
                     “Kahwin? Hah,  bila  lagi?”  tanya ibunya
              sambil mengangkat  kepala dan  memandang  tepat
              wajah   Sabri.   Yang    duduk    berhadapanan
              dengannya.
                     “Oh, kahwin. Sabarlah, mak. Biarlah saya
              tumpukan  perhatian dulu terhadap  pekerjaan.
              Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Dah tiba
              masanya nanti  kahwinlah saya. Mak tak usahlah
              risau. Saya ni kan lelaki.  Bukannya  perempuan.”
              Dia  memberikan  jawapan  pada soalan yang
              dikemukakan oleh ibunya itu.
                     “Ke situ pulak perginya …,” rengus ibunya
              pula.
                     Baharuddin dan anaknya lantas ketawa.
                     Dari jauh kelihatan rumah banglo mewah.
              Tersergam   indah    di   atas   puncak    Bukit
              Antarabangsa. Borhan duduk termenung di ruang
              tamu    rumah.    Dari   riak   mukanya     jelas
              menggambarkan dia sedang memikirkan sesuatu.
                     “Jauh  mengelamun nampak?  Apa yang
              abang fikirkan tu?” Latipah isterinya menegur. Dia
              kemudiannya  lalu duduk  berhadapan  dengan
              Borhan.
                     Lamunannya  yang jauh melayang hingga
              terasa sampai ke awangan itu lantas terhenti.
              Borhan   menarik   nafas   yang   panjang.   Dia
              memandang wajah isterinya  dalam-dalam sambil
              mengukir senyuman kecil.  Latipah memerhatikan
              sahaja gelagat suaminya itu.



                                     12






 Teks Tanah Kebun.indd   12                                   03/06/2020   16:42:16
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17