Page 56 - Teks Tanah Kebun
P. 56
Azaika SR
rumah-rumah peranginan jelas kelihatan. Fikiran
Wahid menerawang jauh bersama gulungan ombak
yang setia menghempas pantai. Wahid sebenarnya
sedang mencari ilham untuk melukis. Setiap yang
tergambar dalam perasaannya dan dilaluinya
dalam kehidupan ini dicurahkannya dalam
lukisan.
Bagi Wahid lukisan adalah segala-galanya
dalam mewarnai perjalanan hidupnya. Tanpa
lukisan dia merasakan seolah-olah tidak bermaya
dan gelap dalam hidup ini. Kanvas dan berus
adalah teman sejatinya. Minat Wahid melukis
sejak dari kecil lagi. Bermula dengan menconteng
di atas butiran pasir dengan menggunakan ranting
kayu atau lidi penyapu. Kemudian apabila
bersekolah rendah dia menconteng di atas kertas.
Dia masih ingat lagi. Sewaktu di sekolah
rendah dia sering dimarahi oleh guru. Asyik
melukis sahaja. Tidak pandai dalam mata
pelajaran lain. Apabila di sekolah menengah dia
sering mendapat kepujian dalam mata pelajaran
lukisan. Lamunannya yang jauh benar melayang
sehingga ke awangan itu lantas terhenti.
Kedengaran suara wanita memberi salam. Dia
lantas menoleh ke arah suara yang lembut itu dan
menjawab salam.
“Jauh mengelamun nampak. Maafkan
saya. Mengganggu awak ke?” tanya Rosnani
dengan lembut dan penuh sopan.
“Oh tidak. Jemputlah duduk. Saja-saja aje
tenangkan fikiran pagi ni. Awak pulak dari mana.
Dah sarapan ke belum?” Wahid sebaliknya
56
Teks Tanah Kebun.indd 56 03/06/2020 16:42:21

