Page 58 - Teks Tanah Kebun
P. 58

Azaika SR


              berasa hairan apabila  melihat  senyuman terukir
              jelas di wajah Wahid.
                       “Tak ada  apa-apa?” dia  menggeleng-
              gelengkan kepala  apabila  menjawab  pertanyaan
              yang diajukan oleh Rosnani itu.
                     “Habis tu? Tentu ada sesuatu yang lucu
              awak rasakan.  Masa kan tidak dengan tiba-tiba
              saja  awak    tertawa  kecil,”  Rosnani   pantas
              memotong.
                     “Kan saya dah kata tadi. Tak ada apa-apa
              yang melucukan. Cuma timbul di hati saya sama
              ada awak ikhlas memuji tempat ini atau terpaksa.
              Kerana  awak berhadapan  dengan  saya. Itu saja.
              Saya minta maaf kalau penjelasan saya ini benar-
              benar keterlaluan bagi awak,”  pinta Wahid dalam
              nada  suara sayup-sayup  tenggelam bersama
              desiran ombak yang gagah perkasa menghempas
              pantai.
                     “Tak perlu awak minta  maaf pada saya.
              Lagipun awak tak ada buat salah apa-apa.
              Memang betul kata awak tu. Saya memang ikhlas.
              Saya  jatuh cinta pada  tempat ni. Tak macam di
              bandar.   Jalan   raya  penuh    sesak   dengan
              kenderaan. Dari  pagi sampai malam.  Orang yang
              hidup  di bandar  besar berlumba-lumba termasuk
              saya. Sibuk dengan macam-macam urusan dalam
              kehidupan,” terang Rosnani  pula dengan  panjang
              lebar.
                     “Jadi awak suka dengan  perkampungan
              nelayan seperti  ni?”  Wahid menambah. Dia
              terperanjat  apabila  mendengar kata-kata yang
              keluar daripada mulut Wahid itu.



                                     58






 Teks Tanah Kebun.indd   58                                   03/06/2020   16:42:21
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63