Page 57 - Teks Tanah Kebun
P. 57
Tanah Kebun
menjawab sambil memandang wajah Rosnani yang
sungguh ayu dan jelita apabila disapu oleh angin
yang bertiup dari arah laut. Seperti rembulan yang
jatuh ke riba diibaratkan. Dia kemudiannya lalu
duduk bersebelahan dengan Wahid.
“Macam awak jugak. Saja-saja aje
mengambil angin laut. Saya dah sarapan. Sedap
betul nasi lemak di warung Mak Limah. Yang awak
tu dah sarapan ke belum?” balas Rosnani.
“Sudah!” Wahid mengangguk pantas.
Rosnani kemudiannya memandang kawasan
sekeliling. Wahid hanya memerhatikan sahaja
gelagat Rosnani itu. Dia kemudiannya memandang
semula Wahid.
“Saya suka tempat ni. Tenang dan damai.
Tak silap saya memilih tempat bercuti,” Rosnani
menambah.
“Macam mana dengan rumah peranginan
yang awak duduk tu? Bagus ke?” soal Wahid pula
sambil mengangkat kepala tinggi sedikit. Angin
yang bertiup sepoi-sepoi bahasa teroleng-oleng
hinggap di atas pondok yang beratapkan nipah.
“Memang bagus sekali. Dah banyak tempat
peranginan saya pergi. Termasuk luar negara.
Inilah kali pertama saya berjumpa dengan tempat
yang paling bagus sekali.” Rosnani
menghamburkan kata-kata pujian. Wahid
sebaliknya tersenyum kecil apabila mendengar
kata-kata gadis manis dari kota besar itu.
“Kenapa awak ketawa? Ada yang tak kena
ke dengan apa yang saya cakapkan tadi?” Dia lalu
57
Teks Tanah Kebun.indd 57 03/06/2020 16:42:21

