Page 60 - Teks Tanah Kebun
P. 60
Azaika SR
lantas terkejut. Rosnani tahu segala-galanya
mengenai dirinya.
“Macam mana awak tahu ni?” dia pura-
pura bertanya sambil memandang dalam-dalam
wajah gadis dari kota itu yang datang bercuti ke
kawasan peranginan yang dahulunya
perkampungan nelayan.
“Saya dengar cerita orang di sini,” Rosnani
bersuara. Angin laut seakan-akan menyanyi-
nyanyi riang menghiburkan suasana. Bersama
rentak tari irama pepohonan dan dedaunan.
Bisikan desiran ombak tenang membelai
mengiringi cuaca yang cerah. Damai jiwa terasa
bersama alunan dingin biarpun terik matahari
memayungi seluruh alam yang terang-benderang.
Berkilauan putih berseri butiran pasir halus di
sepanjang pantai.
Sedar-sedar senja telah melabuhkan
tirainya menyambut malam. Matahari yang tadinya
cerah bertukar warna seperti buah pinang masak.
Langit bertukar menjadi kelabu. Burung-burung
telah pulang ke sarang semula. Dia teringatkan
kata-kata pujangga. Segala suka duka yang
dialami hari ini dihimpunkan menjadi pengalaman
untuk mendewasakan kita. Pengalaman adalah
ibarat guru dalam hidup ini. Kita belajar
daripadanya. Wahid tidak pasti dari mana
datangnya kata-kata hikmah itu.
Dia cuma mendengar sahaja dan melekat
kuat di ingatannya. Malam itu selepas pulang dari
surau dengan tiba-tiba sahaja dia mendapat ilham
untuk melukis. Selalunya dia akan menjadikan
60
Teks Tanah Kebun.indd 60 03/06/2020 16:42:22

