Page 11 - Teks Tanah Kebun
P. 11
Tanah Kebun
Sabri?” ayahnya bertanya.
“Alhamdulillah, ayah. Semuanya berjalan
dengan baik dan lancar,” dia sebaliknya menjawab.
“Hah, baguslah macam tu. Ingat pesan
ayah selalu. Bekerjalah dengan rajin dan jujur.
Tanamkan dalam hati. Bekerja bukan untuk
mengejar pangkat dan kemewahan semata-mata.
Tapi adalah ibadah selagi masih bernafas di dunia
ni,” Baharuddin memberikan nasihat pada
anaknya. Dengan penuh panjang lebar.
“Insya-Allah, ayah! Saya akan sentiasa
ingat segala pesan ayah. Untuk pengetahuan mak
dan ayah lagi bulan depan saya akan dinaikkan
pangkat.” Dia menyampaikan berita gembira
kepada ayah dan ibunya.
“Ya? Syukur alhamdulillah. Rezeki
namanya tu,” sahut ayahnya pula.
“Datuk tempat syarikat saya bekerja tu
percaya betul dengan saya. Sebab itulah saya
dinaikkan pangkat,” terang Sabri.
“Ayah harap kau balaslah kepercayaan
yang diberikan oleh Datuk itu dengan baik.” Dia
sebaliknya mengingatkan anaknya.
“Insya-Allah, ayah!” angguk Sabri dengan
pantas.
“Saya berjanji. Tidak akan mensia-siakan
harapan Datuk tu pada saya,” ikrarnya lagi.
“Hah, kerja dah bagus pangkat dah naik
tapi satu lagi yang kurang dengan kau.” Ibunya
yang selama ini berdiam diri tiba-tiba menyampuk.
Ayahnya lalu memalingkan muka ke arah ibunya.
11
Teks Tanah Kebun.indd 11 03/06/2020 16:42:15

