Page 10 - Teks Tanah Kebun
P. 10
Azaika SR
bersuara tenang.
“Banyak halangan dan rintangan yang
terpaksa Datuk hadapi?” sampuknya pula dengan
pantas.
“Benar, Sabri!” Datuk Borhan
mengangguk-anggukkan kepala dan menarik nafas
yang panjang.
“Saya berpatah arang berkerat rotan
dengan abang kandung saya sendiri …,” dia
menyambung dengan mengeluarkan nada suara
yang lemah.
Sabri sebaliknya hanya mendiamkan diri.
Dia memandang dalam-dalam wajah Datuk
Borhan. Mendengar dengan penuh minat kisah
silam pengurus syarikat tempat dia bekerja.
“Puncanya saya minta geran tanah pusaka
milik arwah ayah saya. Untuk dijadikan cagaran
pinjaman bank untuk membuka syarikat. Tapi dia
enggan menyerahkannya kepada saya. Katanya dia
memegang wasiat arwah ayah saya. Tanah itu
mesti diusahakan dan jangan dijual,” ucap Datuk
Borhan lagi.
“Jadi Datuk merajuk dan kecil hati dengan
abang Datuk?” soalnya pula.
“Sehingga sekarang saya tidak mendengar
khabar berita darinya. Saya langsung tak balik ke
kampung. Sedangkan dialah satu-satunya abang
kandung saya,” Datuk Borhan membalas.
Seperti yang dijanjikan Sabri pulang ke
kampung pada hujung minggu.
“Macam mana dengan pekerjaan kau,
10
Teks Tanah Kebun.indd 10 03/06/2020 16:42:15

