Page 9 - Teks Tanah Kebun
P. 9

Tanah Kebun



              Datuk Borhan menyoal.
                     “Belum,  Datuk.  Saya nak siapkan kerja
              yang Datuk beri  tadi,”  dia  menerangkan pada
              Datuk Borhan.
                     “Oh,  begitu!”  dia  sebaliknya mengangguk-
              anggukkan  kepala. Apabila mendengar  jawapan
              yang diberikan oleh Sabri itu.
                     “Banyak    lagi   ke?”   Datuk    Borhan
              memandang Sabri sambil mengangkat kepala.
                     “Sikit aje lagi, Datuk,” jelasnya.
                     Datuk Borhan kemudiannya lalu  melihat
              jam di tangan.
                     “Waktu maghrib pun  dah  nak masuk ni.
              Kita pergi berjemaah di masjid. Lepas tu kita pergi
              makan,” ajak Datuk Borhan.
                     “Baik,  Datuk!”  Dia  menurut sahaja akan
              ajakan Datuk Borhan itu.
                     Selepas menunaikan solat  Maghrib  di
              masjid Datuk Borhan dan Sabri menjamu selera di
              Restoran Orang Kampung.
                     “Saya macam awak  jugak, Sabri.  Berasal
              dari  kampung. Mulanya saya  bekerja  sebagai
              pembantu  pengurus  projek. Lama-kelamaan  saya
              membuka syarikat  sendiri.”  Dia  membuka kisah
              silam yang dilaluinya pada Sabri.
                     “Saya benar-benar  kagum  dengan  Datuk.
              Yalah.  Bermula  dari  bawah.  Kemudian berjaya
              membuka syarikat  besar seperti  sekarang,” balas
              Sabri sebaliknya.
                     “Tapi kejayaan yang saya nikmati  hari ni
              tak  semudah  datang bergolek,”  Datuk  Borhan


                                     9






 Teks Tanah Kebun.indd   9                                    03/06/2020   16:42:15
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14