Page 70 - Teks Tanah Kebun
P. 70
Azaika SR
“Saya nak nasihatkan Zaki. Jangan
beritahu saya keputusan yang telah dibuat tanpa
perundingan dengan ayah Zaki terlebih dahulu.
Begini ajelah, Zaki. Saya nasihatkan Zaki akan
belajar menghormati perasaan wanita yang
mengasihi kita sebagai lelaki dan bukannya
mempermainkan perasaannya,” terang Datuk
Baharuddin dalam nada suara yang tegas tapi
lembut.
“Apa ni, Datuk? Saya betul-betul tak
faham dengan maksud Datuk ni. Tolonglah, Datuk.
Janganlah kusutkan lagi fikiran saya ni,” pinta
Zaki sebaliknya sambil kerut jelas terpancar pada
wajahnya.
“Jangan buat tak faham, Zaki. Saya tahu
kenapa Rosnani bertindak menjauhkan diri
daripada Zaki. Bukan saja Rosnani nampak Zaki
keluar dengan perempuan lain tetapi saya juga
nampak semalam. Sudahlah, Zaki. Saya ada
mesyuarat. Sampaikan salam saya pada ayah
Zaki,” ucap Datuk Baharuddin. Zaki lantas
menjadi terkedu. Memang benar dan tidak dapat
dinafikan lagi. Semalam dia keluar dengan
perempuan lain. Tapi bukan dengan Azurah. Kali
ini dengan Rohayati pula. Dia kemudiannya lalu
meninggalkan bilik Datuk Baharuddin dengan
penuh perasaan hampa dan kecewa.
Hari-hari yang berlalu terasa dengan
begitu pantas sekali. Sudah seminggu Rosnani
berada di sini. Petang itu cuaca kelihatan redup
sahaja. Matahari tidak kelihatan langsung di kaki
langit. Namun begitu tiada tanda-tanda hujan
70
Teks Tanah Kebun.indd 70 03/06/2020 16:42:23

