Page 73 - Teks Tanah Kebun
P. 73
Tanah Kebun
memandang tepat wajah Rosnani yang duduk
bersebelahan dengannya.
“Apa dia?” soal Rosnani berkulit putih dan
halus sambil mengangkat kepala tinggi sedikit.
“Apa sebenarnya pekerjaan awak dan
kenapa awak datang bercuti ke sini?” Pertanyaan
yang diajukan oleh Wahid.
“Saya bekerja dengan ayah saya seorang
ahli perniagaan. Saya datang bercuti ke sini saja
untuk merehatkan fikiran setelah penat bekerja,”
dia cepat menjawab soalan Wahid itu.
“Awak sungguh bertuah memiliki keluarga
yang mewah dan berada. Berbanding dengan saya.
Kehidupan keluarga saya lebih mengenal erti
kesusahan daripada kesenangan. Kais pagi makan
pagi kais petang makan petang,” jelas Wahid.
“Tentu awak selalu mengikut ayah awak
turun ke laut.” Rosnani semakin berminat untuk
mengetahui liku-liku kehidupan yang dilalui oleh
Wahid sebagai anak nelayan. Dia sebaliknya tidak
pantas menjawab pertanyaan Rosnani itu.
Ditariknya nafas dalam-dalam. Bersama alunan
ombak yang tak henti-henti membelai pantai maka
terbayanglah kejadian di laut yang dilalui olehnya
bersama dengan arwah ayahnya. Wahid
kemudiannya mengalihkan pandangan yang
melekat di laut yang tenang membiru dan
memandang wajah Rosnani.
“Saya dan arwah ayah saya pernah
dipukul gelombang ganas di lautan. Syukur
alhamdulillah. Umur saya dan arwah ayah saya
73
Teks Tanah Kebun.indd 73 03/06/2020 16:42:24

