Page 69 - Teks Tanah Kebun
P. 69

Tanah Kebun



                 nak jumpa dia. Bincangkan pertunangan  yang
                 akan berlangsung tidak lama lagi,” jelas Zaki pula.
                        “Bincangkan pasal pertunangan?”  Sekali
                 lagi  Datuk Baharuddin buat pura-pura tidak
                 mengerti  akan kata-kata Zaki itu sambil  menarik
                 badan ke depan dan mendongakkan kepala tinggi
                 sedikit memandang Zaki yang memakai kot dan
                 bertali leher.
                        “Ya!”  dia  sebaliknya membalas  dengan
                 mengangguk-anggukkan kepala.
                        “Takkan Datuk tak tahu lagi.  Kan ayah
                 dah bincang perkara ini dengan Datuk. Pujuklah
                 dia Datuk. Sebagai anak dia pasti akan mendengar
                 cakap Datuk sebagai ayah,” Zaki menambah lagi
                 dengan    lembut.    Dia     berharap    dengan
                 menggunakan  Datuk Baharuddin hubungannya
                 dengan Rosnani akan kembali bertaut.
                        “Zaki  …!  Zaki …!”  Datuk Baharuddin
                 hanya menggeleng-gelengkan kepala dan mengukir
                 senyuman kecil  apabila  mendengar penjelasan
                 yang tidak benar sama sekali daripada anak Datuk
                 Abdullah itu. Dia tidak mudah lembut dan
                 terpedaya dengan cakap Zaki itu.  Setahu dia tak
                 pernah  pun dibincangkan perkara ini dengan
                 rakan seperniagaannya. Cuma yang dia dan Datuk
                 Abdullah tahu Rosnani dan Zaki hanya berkawan
                 sahaja. Belum lagi sampai ke tahap untuk
                 disatukan dahulu dengan  pertunangan  dan
                 kemudiannya dengan perkahwinan.
                        “Kenapa ni, Datuk? Tak betul ke apa yang
                 saya cakapkan ini?” tanya Zaki.




                                     69






 Teks Tanah Kebun.indd   69                                   03/06/2020   16:42:23
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74